China, Nepal Sasar Komuniti Berkongsi Nasib Lebih Erat

2021-12-09 14:50:00  CRI
Share with:

Komuniti berkongsi nasib yang lebih erat antara China dengan Nepal akan diwujudkan, kata ahli Dewan Negara, Wang Yi.

Beliau yang juga merangkap Menteri Luar ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Pembinaan Semula Nepal 2021 melalui pautan video pada Rabu, komited untuk memperkukuh hubungan mesra sesama jiran tetangga menerusi pemerkasaan kerjasama saling untung.

Wang berkata, usaha sama melawan wabak COVID-19 akan dipergiatkan lagi. Beijing berjanji akan terus menghulurkan tangan membantu kepada negara itu dalam bentuk sumbangan vaksin, peralatan perubatan, pintu sempadan yang kekal dibuka serta sesi interaksi membabitkan pakar.

Beliau turut menekankan tentang perlunya bantuan berterusan menyasar pembinaan semula pasca gempa bumi di Nepal.

Menurutnya, China akan berusaha melaksanakan program bantuan yang telah dijanjikan dulu, selain berdiri teguh di sisi negara itu.

Wang juga menyebut tentang usaha memperdalam kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Beliau meluahkan kesediaan China untuk menandatangani dokumen kerjasama dengan Nepal membabitkan perdagangan dan pelaburan, taman perindustrian, kuasa elektrik, prasarana, perubahan iklim dan lain-lain.

董筱娉