Prinsip Satu China Sejajar Arus Sejarah

2021-12-10 18:10:01  CRI
Share with:

Prinsip Satu China Sejajar Arus Sejarah_fororder_20211210143919226

Nicaragua memulihkan ikatan diplomatik dengan China selepas menamatkan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan hari ini.

Dengan ini, Nicaragua menjadi negara ke-181 yang menjalinkan ikatan diplomatik dengan China. Hal ini turut memperlihatkan konsensus masyarakat antarabangsa yang menjunjung prinsip satu China.

Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh negara ini, dan Taiwan merupakan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China. Ini merupakan fakta dari segi sejarah dan undang-undang, dan juga norma antarabangsa yang diiktiraf semua.

Yang turut terpapar jelas adalah “diplomasi wang” yang dimainkan pihak berkuasa Taiwan di pentas dunia. Ia bukanlah bertujuan membantu pembangunan di sesebuah negara atau wilayah, melainkan mahu memecahbelahkan China semata-mata.

Maka, tidak hairanlah Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Manasseh Sogavare membidas cubaan “agen Taiwan” untuk menjejaskan kestabilan kerajaan negara itu mutakhir ini. Ia turut memperlihatkan masyarakat antarabangsa benci akan manipulasi politik yang dimainkan pihak berkuasa Taiwan.

Penyatuan semula China merupakan arus sejarah yang tidak dapat dihalang, dan Taiwan juga bukanlah buah catur politik untuk sesetengah politikus AS. Pihak berkuasa Taiwan nescaya menelan kegagalan sekiranya terus berdegil bersubahat dengan AS dalam kegiatan memecahbelahkan tanah air.

张哲