Beijing Ikrar Semarakkan Lagi Semangat Olimpik

2021-12-11 14:55:06  CRI
Share with:

China mengalu-alukan atlet serta tokoh yang berkaitan serata dunia datang ke Beijing untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin, sebagai respons terhadasp sahutan masyarakat antarabangsa berhubung temasya sukan tersebut.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan kehadiran Setiausaha Agung Antonio Guterres pada Sukan Olimpik berkenaan.

Pada masa sama, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata Sukan Olimpik tidak boleh dipolitikkan.

Manakala, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Chernyshenko berpendapat, cubaan Amerika Syarikat (AS) mempolitikkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing takkan mengganggu acara sukan berprestij itu.

Untuk itu, Wang membalas dengan mengatakan bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing merupakan temasya yang menghimpunkan atlet-atlet serta peminat sukan ais dan salji.

Mutakhir ini, resolusi damai-sentara Olimpik diluluskan pada sesi ke-76 Perhimpunan Agung PBB (UNGA), memperlihatkan sokongan 173 negara anggota terhadap temasya di Beijing.

Wang turut menyuarakan hasrat Beijing untuk menyemarakkan lagi semangat Olimpik yang lebih bersatu padu, sekali gus menyumbang kepada usaha kesukanan.

董筱娉