Xi Utus Tahniah Perasmian Forum Sains GBA

2021-12-11 16:33:27  CRI
Share with:

China sudi bekerjasama dengan saintis serata dunia serta pertubuhan sains dan teknologi antarabangsa untuk mengukuhkan program pertukaran dan kerjasama, di samping meningkatkan kemampuan penyelidikan berkaitan isu saintifik utama.

Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping menerusi perutusan tahniah atas perasmian Forum Sains Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau (GBA) di Guangzhou, hari ini.

Xi berkata, inovasi sains dan teknologi di peringkat global kini terus dipergiat, dan transformasi perindustrian pusingan baharu membawa impak mendalam kepada landskap ekonomi sejagat.

Untuk itu, Xi mahukan GBA dikembangkan menjadi teladan global dalam inovasi sains dan teknologi, dan pembangunan industri baru muncul terus dipacu.

Beliau turut meluahkan harapan agar sinergi dibentuk untuk menyumbang kepada usaha memajukan sains sedunia demi kebaikan umat manusia.

董筱娉