"Mampan", Kata Kunci Dasar Ekonomi China 2022

2021-12-12 15:02:15  CRI
Share with:

"Mampan", Kata Kunci Dasar Ekonomi China 2022_fororder_0a131a4d01fa460fb105d6811edd5d21

Mesyuarat Kerja Ekonomi Pusat China yang berlangsung pada 8 hingga 10 Disember mengeluarkan indikator jelas untuk mengekalkan perkembangan ekonomi yang mampan pada tahun depan.

Menurut laporan Agensi Berita Bloomberg, 25 perkataan yang membawa maksud “mampan” termaktub dalam pengumuman yang disiarkan mesyuarat tersebut.

Padahal, kemantapan ekonomi juga diberikan keutamaan kerajaan China ketika melaksanakan pelbagai dasar ekonomi asas pada tahun ini. Perkara ini dianggap signifikan bagi membolehkan China merungkai pelbagai cabaran semasa, sehingga mencapai prestasi yang menggalakkan dalam perkembangan ekonomi.

Untuk rekod, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China menokok 9.8 peratus pada tiga suku pertama tahun ini, sementara jualan runcit barang pengguna meningkat 14.9 peratus pada sepuluh bulan pertama, dan jumlah import dan ekspot naik 22 peratus pada sebelas bulan pertama.

Dengan ini, ekonomi China yang mempunyai kemuluran tinggi terus mengekalkan trend perkembangan yang baik dalam jangka panjang.

Pemulihan ekonomi China yang mampan turut menyumbang kepada kestabilan ekonomi dunia, selain membawa manfaat besar kepada syarikat asing yang melabur di negara ini.

Menurut mesyuarat itu, China akan terus memperkasakan keterbukaan secara keinstitusian, memberi layanan nasional (NT) kepada syarikat asing, dan menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

11 Disember ini genap 20 tahun China menganggotai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Dalam dua dekad lalu, China menjadi entiti ekonomi kedua terbesar daripada yang keenam di dunia, di samping muncul sebagai negara terbesar dalam bidang perdagangan barangan.

Secara puratanya, China menyumbang hampir 30 peratus terhadap pertumbuhan ekonomi dunia dalam tempoh 20 tahun yang lalu.

Seiring pembentukan paradigma pembangunan baharu, China akan terus mempertahankan multilateralisme, menyasarkan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa berpiawaian tinggi, di samping memperluas lagi keterbukaan pintu. Usaha sedemikian pastinya menjanjikan keuntungan bersama buat dunia.

张哲