Kalangan Sukan Antarabangsa Sokong Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

2021-12-14 12:00:30  CRI
Share with:

Deklarasi dari Sidang Kemuncak Olimpik ke-10 yang diadakan secara maya telah mengeluarkan suara sebulat daripada kalangan sukan antarabangsa untuk menyokong Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dan menentang sukan dipolitikkan.

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam.

Wang berkata, memandangkan sesetengah negara tidak akan menghantar pegawai kerajaan untuk menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, sidang kemuncak tersebut telah mengeluarkan deklarasi untuk menentang tindakan mempolitikkan sukan Olimpik, sekali gus menegaskan peri pentingnya bagi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, sukan olimpik dan acara sukan mengekalkan pendidirian berkecuali dalam bidang politik.

Pada waktu yang sama, sokongan daripada kalangan sukan antarabangsa membuktikan bahawa lakonan politik sesetengah negara melalui isu Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing tidak mendapat sambutan dan hanya akan menjadi sia-sia sahaja.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach dan pegawai sukan Olimpik dari China, Rusia dan Amerika Syarikat (AS).

张宪