Sukan Olimpik Musim Sejuk Pasti akan Berjaya di Beijing

2021-12-14 15:05:08  CRI
Share with:

Sukan Olimpik Musim Sejuk Pasti akan Berjaya di Beijing_fororder_1429714948

Baru-baru ini, sesetengah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengumumkan tidak akan menghantar pegawainya untuk menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing. Itulah hanya gembar-gembur politik sahaja kerana China tidak pernah mengeluarkan undangan kepada mereka. Menampil atau tidak pegawai dari sesetengah negara itu mustahil walau sedikit pun menjejasksn kelangsungan temasya sukan di Beijing nanti.

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing akan menghimpunkan atlet-atlet serta peminat sukan ais dan salji sejagat, dan tidak boleh dijadikan pentas bagi para politikus untuk membuat lakonan yang muak. Harapan masyarakat antarabsngsa terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing tidak akan terjejas akibat manifestasi AS dan Britain.

Setakat 17 November lalu, lebih 14,000 permohonan pendaftaran daripada Jawatankuasa Olimpik negara Eropah, AS, Kanada, Australia dan New Zealand telah diterima pihak Beijing, antaranya 1,528 daripada AS. Selain itu, Rusia baru-baru ini menyatakan akan menghantar satu kontinjen besar yang terdiri daripada kira-kira 450 anggota termasuk 216 atlet ke Beijing.

Di sebalik penularan wabak COVID-19  dan tercetusnya semula konflik di beberapa kawasan di dunia, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing bukan sahaja merupakan sekali perhimpunan sukan, tetapi juga satu peluang untuk menggembleng harapan rakyat di seluruh dunia terhadap perpaduan, keamanan dan persahabatan. AS atau Britain tidak dapat mewakili keluarga Olimpik. 'Kita yakin Sukan Olimpik Musim 2022 akan dijayakan di Beijing dalam suasana yang menakjubkan' merupakan hasrat bersama masyarakat antarabangsa. Pada lebih 50 hari kemudian, Beijing akan mempersembahkan sebuah temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk yang jimat, selamat dan menakjubkan.

曹捷