Depani Dua Angka Dahsyat, Bolehkah "Demokrasi Bermodelkan AS" Terus Menyamar ?

2021-12-15 14:32:44  CRI
Share with:

Depani Dua Angka Dahsyat, Bolehkah"Demokrasi Bermodelkan AS" Terus Menyamar ?_fororder_mg

Setakat 13 Disember waktu tempatan Amerika Syarikat (AS), kes positif koronavirus baharu yang dilaporkan di negara itu melebihi 50 juta, sedangkan kes kematian menghampiri 800,000, iaitu masing-masing menduduki tempat pertama di seluruh dunia. Sejak saat data statistik itu diumumkan oleh Universiti Johns Hopkins, yang terus menghantui warganegara AS bukan sahaja rasa sedih dan risau, tetapi juga kemarahan yang meluap-luap. Mendepani dua angka tersebut, tak malukah politikus AS yang masih menggembar-gemburkan "demokrasi" dan "hak asasi manusia"?

50 juta adalah 1/5 jumlah kes positif yang dilaporkan di seluruh dunia, manakala jumlah kes kematian sebanyak 800,000 melepasi jumlah keseluruhan kematian AS dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, serta peperangan di Korea, Vietnam, Iraq dan Aghanistan.

Depani Dua Angka Dahsyat, Bolehkah"Demokrasi Bermodelkan AS" Terus Menyamar ?_fororder_mg2

Mengimbau kembali proses penularan wabak di AS, boleh didapati bahawa kerja mencegah dan mengawal wabak sejak mula-mulanya sudah terjejas teruk oleh politikus yang asyik mengaut keuntungan politik.

Depani Dua Angka Dahsyat, Bolehkah"Demokrasi Bermodelkan AS" Terus Menyamar ?_fororder_mg4

Berdepan dengan wabak COVID-19, sistem demokrasi AS kelihatan sama sekali "tidak mujarab". Kerajaan persekutuan dan negeri gagal disatupadukan, dan langkah menangkis wabak dipolitikkan dalam pergaduhan parti politik, sehingga masalah seperti ambil vaksin atau tidak dan pakai pelitup muka atau tidak pun menjadi fokus perdebatan. Oleh itu, kesedaran masyarakat turut terhakis menjadi kurang rasional dalam kempen menangkis wabak.

Depani Dua Angka Dahsyat, Bolehkah"Demokrasi Bermodelkan AS" Terus Menyamar ?_fororder_mg3

Rasisme yang berleluasa lama dalam masyarakat AS pula bertambah teruk di sebalik penularan wabak. Terdedahlah kelemahan sistem demokrasi AS beserta percanggahan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negaranya sepanjang proses dilanda pandemik COVID-19. Sistem perubatan dan kesihatan yang kos operasinya mahal ternyata hanya berkhidmat untuk golongan kaya di AS, manakala golongan miskin dibiarkan kehilangan jaminan sosial. Inilah satu kes tipikal tentang kegagalan dalam mengawal wabak akibat demokrasi yang bersifat menyebelah.

高蕾