2022: Terus Berjuang dengan Penuh Harapan

2021-12-16 16:54:53  CRI
Share with:

Setelah menghadapi pandemik selama dua tahun, dunia kelihatan tiada tanda untuk sembuh sepenuhnya, lebih-lebih lagi dengan kehadiran varian baharu yang nampaknya lebih mengancam iaitu Omicron.

Ekonomi negara dan kehidupan rakyat pastinya akan turut menghadapi tekanan besar. Jadi, adakah kita boleh menantikan prospek cemerlang pada tahun 2022?

Satria telah membawa persoalan ini kepada beberapa pakar dan rata-rata mereka berharap agar kita semua untuk terus yakin terhadap prospek masa depan.

Menurut mereka, ia adalah kerana kita kini sudah lebih berpengetahuan tentang COVID-19 termasuk dalam kawalan wabak. Justeru, secara logiknya kita pasti mampu mengatasi pandemik, sekali gus memulihkan semula kehidupan masing-masing.

2022: Terus Berjuang dengan Penuh Harapan_fororder_1455900031

Ketua Eksekutif Makmal Ekonomi Perilaku Akademi Sains Sosial China Yao Yu berpendapat, apabila munculnya varian baharu, pelbagai negara akan berwaspada dan mengambil tindakan kawalan wabak yang lebih berkesan dan aktif, khususnya menimba pengalaman yang telah terbukti berkesan.

Jelas beliau, pada masa yang sama, dunia juga perlu memberi perhatian kepada bantuan terhadap negara-negara ketinggalan, sebab tiada negara mampu menyelamatkan diri secara bersendirian tatkala menghadapi pandemik.

Beliau memberitahu, China mengeluarkan konsep “komuniti berkongsi kesihatan sesama insan”, dan fakta yang sebenarnya ialah, dunia ini sememangnya berkongsi kesihatan, dan pengamal sains sebulat suara bersetuju mengenai konsep ini.

Cuma, ada kerajaan bertindak untuk menolak dasar yang bersesuaian dengan kesihatan awam dunia dengan agenda politik. Bagaimanapun pandemik kali ini akan membantu menggalakkan dunia memahami dan mengiktiraf kita berada dalam komuniti berkongsi kesihatan sesama insan.

Impak pandemik yang berlarutan juga secara serius menjejaskan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

2022: Terus Berjuang dengan Penuh Harapan_fororder_1741289917

Pakar isu antarabangsa dari Universiti Mandarin Hong Kong (CUHK), Profesor Zheng Yongnian menyatakan bahawa pelbagai negara di dunia kelihatan turut melonggarkan kawalan wabak, dan ia merupakan lanjutan daripada peruntukan cukup besar dalam kawalan wabak serta pemvaksinan hingga membawa tekanan belanjawan yang besar.

Oleh itu, selain terus menyediakan bantuan vaksin kepada dunia, China perlu menggalakkan globalisasi secara berterusan dan mengawal multilateralis supaya memberi sumbangan kepada pemulihan ekonomi global.

Kelmarin, 2 juta dos lagi vaksin Sinovac sebagai bantuan kerajaan China telah diangkut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

Minggu lalu, bantuan vaksin dan alat suntikan kumpulan pertama bantuan China dihantar ke Kabul, Afghanistan.

Setakat ini China telah menyediakan 1.85 bilion dos vaksin kepada dunia, jumlah ini dijanji mencatat 2 bilion dalam dua minggu akan datang. Antaranya lebih 180 juta dos disediakan kepada Afrika. Kilang vaksin di Mesir berkapasiti untuk mengeluarkan 200 juta dos vaksin setahun dengan kerjasama Sinovac.

Selain itu, kerjasama di bawah rangka Inisiatif “Jalur dan Laluan” juga menjadi penggalak ekonomi di pelbagai negara terlibat.

Misalnya, landasan kereta api China-Laos berjaya dirasmikan pada awal bulan ini setelah mengatasi gangguan pandemik. Selain penghantaran pelancong, kereta api kargo pertama yang membawa barangan getah Laos pula tiba di Kunming, Provinsi Yunnan China pada pagi 6 Disember lalu.

Projek subway di Moscow dan Stadium Piala Dunia di Qatar pula turut disiapkan baru-baru ini.

Dalam pelbagai projek di bawah rangka BRI, biasanya seorang tukang mahir dari China akan membawa tiga empat pekerja tempatan, selain menyediakan banyak peluang kerja, dan turut melatih tenaga kerja tempatan memegang kebolehan.

Ini bukan sahaja membantu banyak keluarga tempatan mendapat rezeki dalam pandemik, malah memberi jaminan kepada mereka untuk lebih mudah mencari rezeki lain selepas projek China.

Pada tahun 2022, China akan terus menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang kawalan wabak dan pemvaksinan, sekali gus menyediakan peluang pembangunan ekonomi kepada pelbagai negara dengan kemampuan diri.

Ingatlah, kita semua berada dalam satu komuniti, justeru tiada negara yang mampu menyelamatkan diri dengan bekerja secara bersendirian tatkala menghadapi pandemik atau krisis ekonomi global.

张弘