Kenapa Hubungan China-Rusia Boleh Kekal Dinamik?

2021-12-17 15:38:56  CRI
Share with:

Kenapa Hubungan China-Rusia Boleh Kekal Dinamik?_fororder_624637207

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin telah mengadakan pertemuan melalui video kelmarin. Hubungan bilateral, kerjasama kondusif, koordinasi strategik antarabangsa menjadi topik-topik utama dalam pertemuan selama satu setengah jam itu. Kedua-dua pemimpin berjanji berjumpa lagi sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing. Ini merupakan satu cerminan tentang persahabatan mereka yang mendalam dan rasa saling mempercayai kedua-dua negara dalam bidang politik.

Berikutan pengaruh daripada situasi semasa yang berubah-ubah yang tidak pernah dialami dunia dalam tempoh seratus tahun lalu dan pandemik COVID-19, dunia ini sudah memasuki tempoh pergolakan dan pembaharuan. Dalam konteks ini, kenapa hubungan China-Rusia boleh tetap dinamik selepas mengalami pelbagai ujian dan menjadi tunjang utama dalam melaksanakan multilateralisme yang benar-benar dan memelihara keadilan antarabangsa? Kuncinya adalah bergantung pada pimpinan strategik kedua-dua pemimpin ini.

Pertemuan ini merupakan pertemuan secara maya kali kedua antara Presiden Xi dan Putin pada tahun ini dan juga pertemuan kali ke-37 sejak tahun 2013. Dengan adanya arahan kedua-dua pemimpin ini, hubungan bilateral China-Rusia berada pada tempoh yang paling baik dalam sejarah dan berturut-turut membuahkan hasil kerjasama yang kondusif dalam pelbagai bidang. Perdagangan dua hala pada tiga suku tahun pertama mencecah USD100 bilion (RM423 bilion) buat pertama kalinya dan dijangka akan mencipta rekod baharu bagi sepanjang tahun ini.

Serentak itu, China dan Rusia selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mempunyai pandangan dan pendirian yang sama dalam membela keadilan antarabangsa dan menggalakkan hubungan antarabangsa ke arah demokrasi. Kerjasama China-Rusia bukan sahaja boleh berperanan mengekang dan mengimbangkan pengaruh dari amalan hegemonisme dan juga merupakan pembelaan teguh terhadap sistem antarabangsa yang berteraskan PBB.

Dalam pertemuan tersebut, China menyatakan akan menyokong teguh usaha Rusia untuk memelihara keamanan negara yang berkekalan, dan Rusia pula akan menyokong pendirian kerajaan China dalam isu Taiwan, dan menentang apa-apa pun 'blok kecil' yang dibentuk di rantau Asia-Pasifik. Reuters dalam laporannya menyatakan bahawa pertemuan Presiden China dan Rusia kali ini jelaslah menggambarkan kedua-dua negara saling menyokong dan bersatu-padu menentang campur tangan dari kem Barat.

曹捷