Senat Amerika Syarikat (AS) kelmarin telah meluluskan apa yang disebut 'akta pencegahan buruh paksa Uygur', yang melarang kemasukan produk Xinjiang ke pasaran negaranya dengan dalih terwujudnya 'buruh paksa' di wilayah itu. Ini merupakan manipulasi politik dan pembulian ekonomi yang dilakukan sesetengah politikus atas nama 'memelihara hak asasi', dan menjadikan hipokrasi dan muslihat sebenarnya terdedah, iaitu adalah untuk mengekang pembangunan dan kemajuan Xinjiang dan mencampuri urusan dalaman China. Bagaimanapun, muslihat yang direka-reka tersebut ketakdiran sia-sia sahaja.
Sudah jelas tentang apa yang disebut 'buruh paksa' adalah bohongan belaka, tetapi kenapa masih ada politikus AS tetap asyik mengada-adakan fitnah melalui isu Xinjiang? Sehubungan itu, Australian Alert Service dalam satu laporannya membuat kesimpulan yang menganggap bahawa tujuannya adalah menghasut konfrontasi perkauman dan konflik agama, dan seterusnya menanam benih pemisahan dan keganasan untuk mengekang China yang dilihat sebagai 'musuh khayalan' mereka.
Jadi, boleh fahamlah kenapa Kongres AS berulang kali mereka-reka akta melibatkan isu Xinjiang atas nama 'melindungi hak asasi manusia'. Udang di sebalik batu adalah untuk mengharumkan muslihat mereka yang tersembunyi, dan dengan adanya akta itu memaksa negara lain memihak dalam mengasingkan dan menekankan China. Selain itu, niat AS yang lebih realistik adalah untuk menyekat pembangunan industri Xinjiang agar mengakhibatkan 'kemiskian paksa' dan 'pengangguran paksa'.
Kejayaan pembangunan Xinjiang cemerlang, dan Xinjiang tetap maju dan makmur, walaupun mendepani tohmahan dan manipulasi politik kuasa asing. Muslihat AS yang mengamalkan hegenomi atas nama “melindungi hak asasi manusia” pasti gagal.