FVEY, Perosak Demokrasi di HK

2021-12-21 16:01:58  CRI
Share with:

FVEY,  Perosak Demokrasi di HK_fororder_微信图片_20211221152833

Persekutuan Lima Mata (FVEY) yang terdiri daripada Amerika Syarikat (AS), Britain, Kanada, Australia dan New Zealand terbukti  “kuasa luar” yang benar-benar menghalang dan merosakkan pembangunan demokrasi di HK.

FVEY dalam apa yang disebut kenyataan bersama menteri luar Isnin lalu menfitnah pemilihan Majlis Perundangan ke-7 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) yang diadakan dengan berjaya baru-baru ini sebagai “melemahkan hak, kebebasan dan pentadbiran  autonomi” di Hong Kong dengan sekali lagi beralasan dengan “Kenyataan Bersama China-Britain”.

Ketika demokrasi di HK menunjukkan trend perkembangan yang baik, kenyataan tersebut sekali lagi bermain hipokrit, mencemarkan nama baik sistem pemilihan HK dengan bertopengkan “demokrasi” dan “hak asasi manusia”.

FVEY,  Perosak Demokrasi di HK_fororder_微信图片_20211221152837

Ini merupakan pemilihan Majlis Perundangan kali pertama setelah sistem pemilihan ditambahbaik di HK. Ditinjau dari peraturan pemilihan, jumlah kerusi ditambah dan cara pengagihan kerusi pula disusun semula. Langkah tersebut bertujuan untuk memelihara kepentingan masyarakat secara komprehensif serta kepentingan pelbagai bidang dan lapisan masyarakat di HK.

Pemilihan ini mencerminkan berperwakilan luas, inklusif politik, penyertaan seimbang dan persaingan yang adil. 153 orang calon bertanding secara saksama dan 90 orang anggota baharu Majlis Perundangan terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Pemilihan kali ini boleh dianggap sebagai teladan demokrasi berkualiti tinggi dan benar.

Dengan pelaksanaan prinsip “Hong Kong Ditadbir Patriot”, apa yang disebut “tokoh demokrasi” yang bersubahat dengan kekuatan anti-China, merosakaan keselamatan negara serta mencetuskan pergolakan di HK tidak berlayak untuk menyertai kempen pemilihan.

Pada hakikatnya, jika menyebut isu demokrasi dan hak asasi manusia, apa yang patut dibuat oleh FVEY adalah menangani masalah kegagalan dalam usaha membendung pandemik COVID-19, polarisasi politik dan diskriminasi rasis di negara mereka sendiri.  

徐国玮