Jika menurut kalendar 24 musim, hari ini merupakan Solstis Musim Sejuk, iaitu hari yang malamnya paling panjang dalam setahun. Tapi ini juga bermakna siang akan menjadi semakin panjang bermula esok hari.
Di sekitar kita juga terdapat orang yang selalu membawa cahaya ketika kita berada dalam kegelapan
Baru-baru ini, Huang Xiaoming seorang pekerja komuniti yang telah berjuang di barisan hadapan kawalan wabak selama 10 hari tiba-tiba menerima notis “Arahan Rehat Wajib” dari pihak atasan.
Ini terjemahan kepada notis arahan tersebut,
“Semangat anda yang bertanggungjawab dan bersedia menyumbang semua kepada rakyat sememangnya patut dipuji, tetapi kesihatan juga amat penting bagi kawalan wabak. Justeru, kami menuntut anda untuk segera menghentikan tugas dan mengambil cuti rehat sehari secara wajib bermula esok hari”.
Sejak 5 Disember lalu, wabak ekoran kes import telah melanda Provinsi Zhejiang, antaranya 29 kes baharu dikesan di Hangzhou, kampung halaman Huang Xiaoming. Bagaimanapun, dengan respons yang berkesan, penambahan kes baharu di sana kembali sifar.
Para penduduk Hangzhou pula mengurangkan aktiviti ke luar untuk bersama-sama menjayakan perjuangan melawan wabak.
Ada ramai netizen dari Hangzhou pula berkongsikan pengalaman mereka yang sungguh mengharukan dalam tempoh ini.
Contohnya, jika membeli-belah dalam talian, ketika membuka bungkusan yang dihantar dari provinsi yang lain, para penjual juga turut meletakkan ‘free gift’ berupa pelitup muka dengan notis kecil, “Yakinlah, kita mesti mampu mengatasi wabak!”
Malaysia pula dilanda banjir baru-baru ini, menambah penderitaan kepada ramai penduduk. Tapi pada masa yang sama, Satria juga telah tengok gambar-gambar anggota bomba memeluk bayi keluar dari banjir menjadi tular.
Rakyat patut berkeyakinanan terhadap masa depan, dan pihak kerajaan juga pada masa sama patut menimba pengalaman supaya rakyatnya tidak menderita lebih banyak kesengsaraan lagi.
Bulan depan, genaplah pandemik berlarutan selama dua tahun. Pada hujung tahun lalu, Satria pernah muat naik hantaran berharap pandemik dapat diatasi pada tahun 2021. Tapi varian baru yang lebih hebat seperti Delta dan Omicron turut muncul. Kalau ini adalah “New Normal”, ramai kawan kelihatan susah menyesuaikan diri dengannya bahkan telah bosan mengenai kawalan pergerakan yang tidak berpenghujung.
Tapi adakah “New Normal” ini sama dengan jangkaan kita pada awal tahun 2020?
Satria telah membaca berita Reuters pada 18 Disember lalu, “BREAKING: COVID runs rampant in China, with 125 cases report today”.
Sehari melaporkan 125 kes baharu di China adalah “breaking news” yang kurang normal bagi media Barat. Tapi pada hari yang sama kes baharu dikesan di Amerika mencatat lebih 140 ribu, tambah lagi kira-kria 2000 kes kematian. Di Britain juga, kes baharu mencatat kira-kira 100 ribu. Tapi ini adalah “Normal Baharu” bagi media Barat yang tak patut dilaporkan.
Kita tak patut berasa biasa terhadap ratusan ribu kes baharu dan ribuan kes kematian sehari!
Bagi Satria, setiap hari kita guna topeng, setiap orang ambil vaksin, tapi boleh melawat pelbagai tempat secara bebas. Kalau tercetus wabak pun mampu diatasi dalam jangka pendek, “New Normal” ini boleh diterima. Dan Satria juga yakin kawan-kawan di negara lain pula bersedia menyesuaikan diri dengan “New Normal” macam ini.
2021 sudah dibazirkan, jangan menjadikan 2022 sebagai 2020 ke-2!