Kertas Putih Jelaskan Pembangunan Demokrasi di HK

2021-12-21 14:02:56  CRI
Share with:

Kertas Putih Jelaskan Pembangunan Demokrasi di HK_fororder_1765675167

Kertas putih mengenai pembangunan demokrasi Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong(HKSAR) dikeluarkan Jabatan Penerangan Dewan Negara China pada Isnin.

Mengimbas kembali sejarah, pembaharuan demokrasi diharamkan dan penduduk HK tidak dapat menikmati demokrasi sepanjang pentadbiran kolonial Britain selama satu abad setengah. Selepas kembali ke tanah air pada tahun 1997, penduduk HK buat kali pertama benar-benar menjadi tuan rumah wilayah sendiri, dan menguruskan hal ehwal di bawah dasar "satu negara, dua sistem".

Pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" memberikan jamian asas kepada pembangunan demokrasi di HK yang membawa makna signifikan dalam menjamin hak-hak penduduk HK, kecepakan tadbir urus sosial serta kemakmuran dan kestabilan berkekalan di wilayah berkenaan.

Kertas Putih Jelaskan Pembangunan Demokrasi di HK_fororder_925772858

Menurut kertas putih itu, masalah utama yang dihadapi dalam pembangunan demokrasi di HK sepanjang dua dekad lalu bukannya sama ada mengamalkan demokrasi atau tidak, sebenarnya adalah sama ada mengekalkan dasar "satu negara, dua sistem"atau tidak. Kelompok anti-China yang mengganggu ketenteraman HK dan kuasa luar yang memanipulasi di belakangnya antara punca utama yang mengekang pembangunan demokrasi di HK.

Tidak ada piawaian demokrasi yang universal di dunia, hanya demokrasi yang sesuai dengan keadaan sebenar sendiri dan boleh menyelesaikan masalah sendiri barulah demokrasi yang terbaik.

Kertas Putih Jelaskan Pembangunan Demokrasi di HK_fororder_1639339673

Amalan dalam tempoh 24 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa mengejar demokrasi Barat secara membabi buta hanya akan membawa huru-hara kepada HK. Pembangunan demokrasi di HK mesti menempuh jalan sendiri, iaitu mesti mengekalkan dasar "satu negara, dua sistem" dan Undang-undang Asas Hong Kong, serta prinsip “Hong Kong Ditadbir Patriot”.

Kerajaan pusat China merupakan pemimpin, penyokong dan penggalak demi memajukan sistem demokrasi HK untuk selama-lamanya, selain penjaga kepentingan asas semua penduduk Hong Kong.

覃淼