Xi Jinping: Galakkan Hubungan China-Eropah Terus Berkembang

2021-12-22 14:22:34  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping berharap Jerman terus memainkan peranan positif dan menyuntik tenaga baharu bagi mengekalkan hubungan China-Eropah yang stabil dan sihat.

Presiden Xi berkata demikian dalam perbualan menerusi panggilan telefon dengan Canselor Jerman baharu, Olaf Scholz pada Selasa lalu. 

Xi menyatakan, China menumpukan hubungan antara China dengan Jerman. Tahun 2022 merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Jerman. Kedua-dua negara dicadangkan memberi pandangan jauh dan menggalakkan perkembangan hubungan persahabatan dua hala.

“China dan Eropah yang merupakan dua kuasa besar bebas di dunia, telah mencapai konsensus secara meluas dan mempunyai kepentingan bersama dalam pelbagai bidang. Kedua-dua pihak perlu terus memperkasa perkongsian strategik,  saling menghormati demi mewujudkan situasi  sama menang, ” kata Xi.

Olaf Scholz pula berkata, pihaknya bersedia berusaha bersama dengan China untuk menggalakkan perkembangan perkongsian strategik China-Jerman.

胡星