Kegiatan Cemarkan Imej Demokrasi HK Pasti Telan Kegagalan

2021-12-22 14:23:46  CRI
Share with:

Persekutuan Lima Mata(FVEY), Kumpulan Tujuh(G7) baru-baru ini mengeluarkan apa yang disebut Kenyataan Bersama Menteri Luar untuk memfitnah pemilihan Majlis Perundangan ke-7 Wialyah Pentadbiran Hong Kong(HKSAR) yang baru berakhir dengan jayanya. Tindakan mereka disusuli dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat(AS) menyerahkan apa yang disebut  laporan terkini berhubung "Akta Autonomi HK" dan Jabatan Perbendaharaan negara itu mengumumkan sekatan terhadap lima pegawai China.

Sebelum pemilihan HK itu diadakan, negara Barat sebenarnya telah menyuarakan sokongan kepada kelompok anti-China untuk menggangu ketenteraman HK, malah mengekang pembangunan China. Sebagai contoh,  AS mengadakan apa yang disebut "Sidang Kemuncak Demokrasi" dan Britain pula mengeluarkan "Laporan tentang Isu Hongkong dalam tempoh Separuh Tahun". 

“Hong Kong Ditadbir Patriot” merupakan asas politik yang diiktiraf masyarakat antarabangsa. Dalam pemilihan Majlis Perundangan HK kali ini, calon-calon yang layak bertanding adalah dari pelbagai bidang dan lapisan masyarakat wilayah tersebut. Topik perdebatan hangat mereka tertumpu kepada sosioekonomi HK  dan  pertandingan mereka terbukti adil. Ini membongkar pembohongan “sistem pemilihan baharu menyekat demokrasi HK” yang diuar-uarkan negara Barat.

Mengimbas kembali sejarah, pembaharuan demokrasi diharamkan dan penduduk HK tidak dapat menikmati demokrasi sepanjang pentadbiran kolonial Britain selama satu abad setengah. Selepas kembali ke tanah air pada tahun 1997, penduduk HK buat kali pertama benar-benar menjadi tuan rumah wilayah sendiri, dan menguruskan hal ehwal di bawah dasar "satu negara, dua sistem".

Kerajaan pusat China merupakan pemimpin, penyokong dan penggalak demi kemajuan sistem demokrasi HK untuk selama-lamanya, selain penjaga kepentingan asas semua penduduk Hong Kong.

胡星