Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini meluluskan satu resolusi yang mengecam fahaman Nazi, Nazi baharu serta apa jua rasisme dengan 130:2.
Tahukah negara apa yang telah mengundi menolak resolusi itu? Amerika dan Ukraine.
Pendirian Ukraine Satria boleh faham, sebab kumpulan Nazi baharu berperanan penting menggulingkan kerajaan yang mersa dengan Rusia pada tahun 2014. Tapi Amerika sebagai negara utama yang membanteras Nazi dalam WWII, mengapa menolak resolusi itu?
Kenyataan seorang tetamu dalam program temu ramah Fox News baru-baru ini mungkin menjawab kepada persoalan tersebut.
Ketika menganalisis masalah dalam sistem ketenteraan Amerika, tetamu yang diundang oleh Fox News, Jesse Kelly menyatakan negara itu memerlukan “tentera yang berniat menduduk di atas takhta yang dibuat dengan tengkorak orang China”!
Kenyataan yang begitu anti-kemanusiaan dan menggalakkan pembersihan bangsa macam puak gasar, tapi disiarkan secara terbuka di Amerika dengan alasan “kebebasan bersuara”.
Tak lama sebelum ini, Senator dari Parti Republiken Ted Cruz menyatakan bertabik cara “nazi” di Amerika tidak melanggar undang-undang kerana negara itu melindungi “kebebasan bersuara”. Lebih mengejutkan, kenyataan ini diiktiraf oleh Peguam Negara Merrick Garland.
Sebenarnya dengan pengizinan secara halus kerajaan Amerika, tindakan bersifat Nazi sudah semakin biasa di masyarakat negara itu.
Pada 12 Ogos lalu, pertembungan tercetus antara kumpulan “kekuasaan kulit putih” atau white supremacist dengan kumpulan anti rasisme di Charlottesville, Virginia.
James Alex Fields Jr., seorang penggidola Adolf Hitler dan Nazi memandu kereta melanggar para penunjuk perasaan anti- rasisme dan mengekorkan seorang wanita terbunuh.
Bulan lalu, Bew Jirajariyawetch, model Thailand yang baru pindah ke New York tiba-tiba diserangi dalam stesen subway.
Setakat bulan lalu, jenayah yang menyasarkan perantau Asia di New York saja mencatat 128 kes, meningkat kira-kira 5 kali ganda berbanding tahun 2020.
Kebencian terhadap kaum tertentu, inilah sebenarnya karakter khas bagi mereka yang berfahaman Nazi.
Amerika dulu amat bangga mempromosikan diri sebagai negara migran, siapa pun mampu mewujudkan “impian Amerika” setelah datang ke negara Uncle Sam itu.
Kini, kaum kulit putih yang menduduki benua itu dengan memusnahkan peribumi tempatan menyifatkan diri sebagai tuan rumah dan mendiskriminasi apa jua kaum yang lain. Yang penuh ironinya adalah kaum yang didiskriminasi, seperti keturunan Afrika, juga turut menindas kaum Asia.
Drakeo, seroang penyanyi Hip-Hop keturuan Afrika di Amerika pernah secara terus terang menghina keturunan Asia dalam lagunya. Maka para penggemarnya komen bahawa kalau tiada wang, merampas kaum keturunan Asia saja.
“Impian Amerika” telah menjadi “Impian Buruk Amerika” bagi kaum mimoriti di negara itu.
Fahaman Nazi telah mempengaruh Amerika dari rakyat, hinggalah ke peringkat “The Hill”. Tapi, negara Nazi baharu ini masih hebat melakonkan watak sebagai “pemimpin demokrasi” di arena antarabangsa.