Warga Asing Terlibat dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Perlu Lengkapi Vaksinasi

2021-12-23 16:29:32  CRI
Share with:

Warga Asing Terlibat dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Perlu Lengkapi Vaksinasi_fororder_20211223111721880

Dewan Negara China mengadakan sidang akhbar pagi tadi untuk mejelaskan isi kandungan  dalam "Manual Pencegahan dan Kawalan Pandemik COVID-19 Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022" edisi kedua.

Naib Ketua Pengarah Pejabat Pencegahan dan Kawalan Pandemik Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Huang Chun menyatakan bahawa semua  warga asing yang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk dikehendaki memuat turun aplikasi "My 2022" 14 hari sebelum datang ke China dan memantau keadaan kesihatan setiap hari.

Semua orang wajib melengkapi vaksinasi 14 hari sebelum datang ke China.

Dua kali ujian asid nukleik perlu diterima dalam tempoh 96 jam sebelum penerbangan berlepas.

Bagi mereka yang pernah dijangkiti virus COVID-19,  selain dua kali ujian asid nukleik yang diperlukan, dua lagi ujian asid nukleik perlu diterima sebelum masuk ke China. Pada masa yang sama, bahan berhubung jangkitan dalu perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 8 hari bekerja dengan lebih awal.

Apabila tiba di China, ujian asid nukleik dengan kaedah oropharyngeal swab dan nasopharyngeal swab perlu diterima di kastam lapangan terbang.

Apabila berpelas dari China, pihak penganjur akan memberikan penyata negatif ujian asid nukleik 24 jam bagi memudahkan mereka berlepas ke negara destinasi.

覃淼