Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni

2021-12-23 16:16:09  CRI
Share with:

Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni_fororder_1496410223

Banjir yang melanda Malaysia pada setiap hujung tahun selalu menarik tumpuan Satria, sebab China juga banyak dilanda banjir. Pada musim panas ini, ahli keluarga Satria di Zhengzhou pernah terkandas oleh banjir selama lebih seminggu.

Syukur banjir telah diatasi di kebanyakan kawasan dan Satria pun dapat saksikan sifat gagah berani pasukan bomba dalam misi mencari dan menyelamat penduduk.

Dalam banyak-banyak gambar, yang paling menyentuh hati Satria adalah gambar seorang anggota bomba memeluk seorang anak kecil.

Sebagai negara bersahabat, China juga telah menyediakan sedikit sebanyak bantuan kepada kawan-kawan Malaysia untuk menghadapi bencana ini.

Syarikat Pembinaan Komunikasi China (CCCC) yang sedang melaksanakan projek pembinaan di Malaysia telah menghantar beberapa mesin pengorek dan bulldozer untuk membantu membersihkan jalan yang tersekat oleh barangan tinggalan banjir.

Semalam, Persatuan Palang Merah pula telah menyumbang USD100 ribu kepada pihak Malaysia.

Meskipun bantuan ini tidak banyak, tapi ia adalah tanda keprihatinan kami terhadap jiran yang menghadapi bencana.

Sebab orang China selalu ingat ketika COVID-19 melanda China pada 2020, Malaysia antara negara paling awal yang menyediakan bantuan.

Satria pernah dengar ahli keluarga yang terkandas di rumah ekoran banjir menceritakan satu hal yang kecil. Pada masa itu mesin pengangkat dalam gedung sudah rosak dan bekalan air pun terhenti. Mereka terpaksa beberapa kali turun gedung dengan berjalan kaki untuk mendapat bekalan makanan dan minuman.

Tiba-tiba ada kawan yang sudah lama tidak berhubungan menelefon untuk memahami keadaannya dan tanya sama ada perlu menghantar makanan dan minuman kepadanya. Ini amat mengharukannya dan juga Satria yang dengar cerita ini.

Ketika menghadapi kesengsaraan, kita tidak mungkin hanya tunggu bantuan dan diselamatkan pihak lain saja, yang penting ialah berusaha menyelamatkan diri.

Tapi, dengan sedikit kata empati dari orang lain, mungkin hanya perkataan yang menenangkan, akan menyuntik semangat besar kepada kita. Inilah sifat kemanusiaan.

Selain China, Satria juga telah membaca berita bahawa beberapa negara dan syarikat besar antarabangsa pula berniat membantu Malaysia dan Filipina yang sama dilanda banjir.

Peribahasa Melayu bersuara “Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.”

Di China juga ada peribahasa yang bermakna sama. Ini amat penting tak kira sama ada ketika menghadapi bencana, pandemik atau pemulihan ekonomi serantau.

Ini juga tata nilai bersama di Asia Timur kita yang patut dijunjung tinggi supaya mejayakan komuniti berkongsi nasib serantau.

Semoga rakan-rakan terus tabah dan didoakan agar kembali pulih seperti sedia kala.

张弘