Kumpulan Baharu Vaksin COVID-19 Sumbangan China Tiba di Myanmar

2021-12-23 13:20:41  CRI
Share with:

Kumpulan Baharu Vaksin COVID-19 Sumbangan China Tiba di Myanmar_fororder_20211222195318200

Kumpulan baharu vaksin COVID-19 yang disumbangkan kerajaan China tiba di lapangan terbang antarabangsa Yangon, Myanmar pada Rabu.

Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai menyatakan bahawa China dan Myanmar saling menyokong dan bergabung tenaga untuk mencapai kejayaan dalam usaha melawan pandemik COVID-19, menstabilkan pertumbuhan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat pada tahun ini.

Kumpulan Baharu Vaksin COVID-19 Sumbangan China Tiba di Myanmar_fororder_20211222195318253

Menteri Kesihatan Myanmar, Thet Khaing Win pula berkata, persahabatan Myanmar dan China bersejarah lama dan hubungan dua hala berkembang pesat.

"Kedua-dua negara ini menjalankan kerjasama dalam usaha kawalan dan pencegahan wabak di kawasan sempadan demi menjaga kesihatan rakyat kedua-dua negara. Persahabatan Myanmar dan China dipercayai akan melakar kemajuan lebih besar," kata beliau.

覃淼