Tindakan Kekang Pembangunan China dengan Isu Xinjiang Pasti Gagal

2021-12-23 15:57:04  CRI
Share with:

Tindakan Kekang Pembangunan China dengan Isu Xinjiang Pasti Gagal_fororder_微信图片_20211223155523

China baru-baru ini mengumumkan untuk mengenakan sekatan balas terhadap Pengerusi Suruhanjaya Kebebasan Beragama Antarabangsa Amerika Syarikat(USCIRF), Nadine Maenza, Naib Pengerusi pertubuhan itu, Nury Turkel dan anggota pesuruhjayanya, Anurima Bhargava dan James Carr.

Langkah tersebut diambil berdasarkan Undang-Undang Anti Sekatan Luar Negeri China dan merupakan tindak balas terhadap Amerika Syarikat(AS) mengenakan sekatan haram terhadap empat orang pegawai China dengan alasan apa yang disebut isu hak asasi manusia di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang berdasarkan undang-undang dalam negerinya.

Tindakan China ini bukan sahaja bertujuan untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, tetapi juga membela dengan tegas prinsip tidak mencampuri urusan dalaman negara lain dan kesamarataan kedaulatan, sekali gus menunjukkan sikap mementang hegemonisme dan politik kekuatan.

Apa yang disebut sekatan AS terhadap warga China sama sekali berasaskan pembohongan dan maklumat yang palsu. China sudah banyak kali menjelaskan peri pentingnya tindakan pencegahan keganasan serta pembangunan dan kemakmuran di Xinjiang. Tetapi politikus AS terus membuat  farsa politik "hak asasi manusia palsu dan hegemoni benar" untuk mencemarkan imej China dan menjejaskan pembangunan Xinjiang bagi tujuan  "mengekang pembangunan China dengan menggunakan isu Xinjiang”.

Tetapi tipu muslihat AS tidak dapat menyembunyikan kebenaran. Aktiviti keagamaan normal yang dijalankan umat Islam di masjid atau rumah sendiri mendapat perlindungan di sisi undang-undang di Xinjiang.  Pada masa ini, kemudahan di tempat suci wilayah itu ditambahbaik, masjid dilengkapi dengan bekalan air, elektrik, kemudahan komunikasi, perkhidmatan perubatan, penyaman udara dan sebagainya bagi memudahkan umat Islam beribadat.

Tindakan Kekang Pembangunan China dengan Isu Xinjiang Pasti Gagal_fororder_微信图片_20211223155528

China berpegang  kepada prinsip tidak mengizinkan sebarang kuasa luar mencampuri  urusan dalaman wilayah Xinjiang. Tipu muslihat “ mengekang pembangunan China dengan menggunakan isu Xinjiang” pasti akan menelan kegagalan.

AS digesa membatalkan apa yang disebut sekatan terhadap pegawai China, menghentikan tindakan campur tangan urusan dalaman China. Sekatan balas China kali ini membuktikan sesiapa pun jangan memandang rendah keazaman China untuk memelihara hak dan kepentingan negara sendiri.

徐国玮