AS Sebagai Pembunuh Orang Awam Tidak Layak Berbincang tentang Hak Asasi Manusia!

2021-12-24 14:22:36  CRI
Share with:

AS Sebagai Pembunuh Orang Awam Tidak Layak Berbincang tentang Hak Asasi Manusia!_fororder_1562556722

"Apa yang saya lihat bukanlah siri kesilapan tragedi, tetapi corak bebas dari hukuman bagi kegagalan menemukan orang awam, menjalankan siasatan di tempat kejadian, belum mengenal pasti punca kejadian dan mengambil iktibar daripada kesilapan, tidak mengenakan hukuman terhadap sesiapa pun, atau mendapati tindakan yang tidak wajar."

Demikian analisis wartawan penyiasat Azmat Khan mengenai tindakan tentera Amerika Syarikat(AS) di medan perang Asia Barat.

Dalam laporan siasatan panjang yang diterbitkan secara berterusan di New York Times baru-baru ini, Azmat Khan mendedahkan pembunuhan tentera AS terhadap sejumlah besar orang awam dalam perang dengan menunjukkan bahawa AS secara kejam membina sistem yang "menyembunyikan dengan sengaja bilangan kematian yang sebenar dalam serangan udara dan menghalalkan serangan udara yang diperluaskan oleh tenteranya."

Akan tetapi, Rumah Putih masih belum memberi reaksi setakat ini. Jurucakap Pusat Pemerintah AS Bill Urban berkata dengan sikap sambil lewa bahawa "Walaupun memiliki teknologi tercanggih di dunia, kesilapan tidak dapat dielakkan... Kami cuba mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut."

Pihak tentera AS sebenarnya cuba menyifatkan kegiatan jenayahnya sebagai "kesilapan". Adakah ini "hak asasi manusia" yang dipertahankan kerajaan AS? Apa yang mencetuskan kemarahan orang ramai adalah tentera AS tidak pernah meminta maaf, memberi pampasan, atau memikul tanggungjawab setelah melakukan jenayah, dan ini telah menjadi kebiasaan.

Sebenarnya, politikus Washington menyedari berapa banyak jenayah yang dilakukan oleh tentera AS. Inilah sebabnya Mahkamah Jenayah Antarabangsa(ICC) mengumumkan akan menyiasat isu ini pada September tahun 2020, dan presiden AS ketika itu secara terbuka menolak dan mengenakan sekatan ke atas dua pegawai kanan ICC.

Seperti yang dinyatakan dalam laporan "Pembatasan and Kelemahan Demokrasi Model AS" yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China semalam, "Fakta sejarah membuktikan bahawa tindakan AS yang menonjolkan demokrasi model sendiri sebagai contoh kepada negara yang lain gagal membawa kemakmuran dan pembangunan kepada negara terlibat, sebaliknya membawa bencana kemanusiaan".

AS sama sekali tidak berlayak membincangkan demokrasi.

覃淼