“Harga pokok Kristmas pun terkena tempias kemerosotan ekonomi tahun 2021 ”. Demikian laporan akhbar Washington Post Amerika Syarikat(AS) baru-baru ini.
Persatuan Pokok Kristmas AS menjaka, harga pokok Kristmas di negara itu akan naik 10 hingga 30 peratus pada tahun ini.
Kenaikan harga pokok Kristmas memaparkan peningkatan kos sara hidup rakyat AS.
Kadar inflasi AS meningkat kepada 6.8 peratus pada bulan Novermber ini yang mencipta rekod tertinggi dalam tempoh 39 tahun yang lalu. Inflasi mengakibatkan kebanyakan penduduk AS menghadapi masalah walaupun gaji meningkat, tetapi barang-barang yang mampu beli semakin berkurangan.
Ironinya, mereka yang berpendapatan tinggi menjadi lebih kaya di AS. Antara 10 jutawan dunia tahun 2021 yang diumumkan Jurnal Forbes baru-baru ini, enam orang adalah dari AS. Setakat 10 Disember lalu, jumlah aset mereka meningkat USD304 bilion, iaitu 51 peratus pada puratanya.
Pada hakikatnya, harga barangan meningkat di AS diakibatkan kegagalan politikus AS dalam usaha membendung wabak serta mengamalkan dasar kewangan dan monetari yang tidak bertanggungjawab sehingga kepentingan politik diutamakan.
Politikus di Washiton yang hanya menumpukan kepentingan sendiri perlu bertanggungjawab terhadap kesukaran yang dihadapi penduduk jelata di negara itu pada Hari Kristmas ini.