Kelompok Baharu Varian Omicron Dikesan di Singapura

2021-12-26 15:59:55  CRI
Share with:

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura(MOH) Sabtu lalu,  satu lagi kelompok COVID-19 varian Omicron membabitkan 10 kes berkait The Vinyl Bar di River Valley Road dikesan di negara itu.

Kes pertama dalam kelompok adalah seorang lelaki yang tiba di Singapura pada 14 Disember dari Amerika Syarikat (AS) melalui penerbangan Laluan Perjalanan Divaksinasi (VTL), kata MOH. 

Setakat Jumaat lalu, sebanyak 448 kes jangkitan varian Omicron dikesan di Singapura. 

徐国玮