Apa Yang Disebut "Buruh Paksa" di Xinjiang Sama Sekali Pembohongan Besar

2021-12-26 15:50:43  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_微信图片_20211226154907

Tiada sebarang pertubuhan atau individu memaksa rakyat untuk bekerja di Xinjiang China. Penduduk pelbagai etnik di wilayah itu bekerja secara sukarela dan bebas.

Kerajaan Xinjiang mengadakan sesi taklimat Sabtu lalu untuk membongkarkan pembohongan melibatkan Xinjiang yang dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.

Kerajaan Xinjiang menyifatkan tindakan AS  menguatkuasakan apa yang disebut “Akta pencegahan buruh paksa Uygur” sebagai langkah manipulasi politik untuk "mengekang pembangunan China dengan menggunakan isu Xinjiang".

"Amalan buruh paksa"  didefinisikan dengan jelas dalam undang-undang antarabangsa. Menurut Konvensyen Buruh Paksa yang dikeluarkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), amalan buruh paksa merujuk kepada sebarang pelakuan yang memberi ancaman dengan hukuman dan memaksa sesiapa sahaja melakukan semua kerja tapi bukan secara sukarela. Menurut petunjuk tersebut, tidak wujud masalah “amalan buruh paksa” di Xinjiang sama sekali. Pekerja-pekerja di Xinjiang paling berhak untuk bersuara tentang status kerja mereka di wilayah itu. 

AS sepatutnya mengendalikan masalah buruh paksa di negara sendiri. Dilihat daripada segi sejarah AS, pengusiran, pembunuhan dan asimilasi paksa kaum Indian Amerika telah mengakibatkan kaum itu menjadi "kaum yang terancam". Jika menyebut hak asasi manusia, AS  sepatutnya menggubal “Akta pencegahan buruh paksa Indian Amerika”.

Pada masa ini, ekonomi di Xinjiang berkembang dengan konsisten dan taraf hidup rakyat semakin meningkat. Wilayah itu berada pada tempoh pembangunan yang paling baik dalam sejarah. Menghadapi provokasi bernihat jahat AS, industri-industri berkenaan di Xinjiang nescaya akan bersatu padu serta  berkeyakinan penuh untuk menjaga keselamatan dan memelihara hak  dan kepentingan sendiri.

徐国玮