Tindakan Amerika Syarikat (AS) mempolitikkan isu hak asasi manusia membawa ancaman serius kepada usaha pembangunan hak asasi global.
Demikian menurut laporan yang dikeluarkan Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS) pada Isnin.
Sudah dibuktikan banyak fakta bahawa isu hak asasi manusia dipergunakan AS untuk menyembunyikan niatnya mengejar hegemoni, selain dijadikan alat politik untuk menindas negara lain.
Amalan AS mempolitikkan isu hak asasi bukan sahaja melanggar nilai masyarakat antarabangsa, tetapi juga bakal membawa padah teruk kepada diri sendiri.
Tatkala melontar tohmahan dengan dalih hak asasi, rekod buruk AS dalam isu tersebut turut terdedah kepada khalayak. Ia sekali gus memperlihatkan dengan jelas bahawa negara itulah yang membawa malapetaka hak asasi manusia kepada dunia.
Ironiknya, sudah menjadi kebiasaan bagi politikus AS untuk mencanangkan isu hak asasi apabila menghadapi bidasan dalam hal tersebut. Perbuatan itu ternyata untuk mengalihkan perhatian khalayak dan menyembunyikan kegagalan sendiri.
Politikus AS digesa menghentikan tindakan mempolitikkan isu hak asasi dengan segera kerana hipokrasinya dalam hal itu sudah terpampang jelas.