Jasa Pahlawan China dalam Perang Korea Terpahat dalam Hati Rakyat

2023-07-27 15:48:50  CRI
Share with:

Majlis penandatanganan Perjanjian Gencatan Senjata Korea yang diadakan di Panmunjom pada 27 Julai 1953 menandakan kemenangan yang dicapai China dalam perang menentang pencerobohan tentera Amerika Syarikat (AS) untuk membantu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Tercapainya kemenangan tersebut tidak terlepas dari perjuangan bergadai nyawa Tentera Sukarela Rakyat China bersama dengan rakyat dan tentera DPRK pada lebih 70 tahun yang lalu.

Parti dan rakyat China tidak pernah melupakan semangat dedikasi anggota Tentera Sukarela Rakyat yang terkorban dalam tempoh lebih 70 tahun yang lalu.

Menurut statistik yang kurang lengkap, seramai kira-kira 20 juta orang perwira mengorbankan jiwa dan raga demi kepentingan negara sejak bermulanya zaman moden, termasuk pahlawan Tentera Sukarela Rakyat China yang terkorban dalam perang menentang pencerobohan tentera AS untuk membantu DPRK. 

Presiden China, Xi Jinping pernah menekankan bahawa jasa dan sumbangan pahlawan yang mengorbankan nyawa demi kepentingan negara dan bangsa serta keamanan patut terpahat dalam hati rakyat tanpa mengira perubahan zaman.

Dengan berpandukan cadangan presiden Xi, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China mengisytiharkan Hari Pahlawan pada 2014, selain mengeluarkan siri undang-undang dan peraturan bagi mengharumkan nama pahlawan dan perwira serta melindungi kemudahan peringatan yang terbabit.