Ekspo China-ASEAN Capai Hasil Memberangsangkan 2007-11-01 China telah berjaya menganjurkan Ekspo China-ASEAN sebanyak tiga kali sebelum ini. Dengan adanya pengalaman tersebut dan hubungan kerjasama yang semakin erat antara China dengan negara-negara ASEAN, Ekspo kali ini telah menarik lebih banyak perusahaan dan pengunjung dan mendapat sanjungan tinggi daripada peserta pelbagai lapisan masyarakat.
Eskpo China-ASEAN Ke-4 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 Ditutup 2007-11-01 Eskpo China-ASEAN Ke-4 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 telah ditutup di bandar Nanning, bahagian barat daya China semalam. Dengan usaha bersama China dan pelbagai negara anggota ASEAN, ekspo dan sidang kemuncak kali ini telah berjaya mencapai hasil yang diinginkan. Para peserta juga telah menilai tinggi ekspo dan sidang kemuncak kali ini.
Wawancara dengan Naib Persiden Persatuan Perniagaan dan Industri Kawasan Belait Brunei Darussalam, Dr. Mohamad Shah 2007-10-31 Dalam tempoh Ekspo China-ASEAN Ke-4, wartawan CRI telah mewawancara Naib Persiden Persatuan Perniagaan dan Industri Kawasan Belait Brunei Darussalam, Dr. Mohamad Shah, seorang sarjana dalam bidang perniagaan Brunei-China dan sekian lama menceburkan diri dalam usaha mendorong pertukaran dan kerjasama antara kalangan perusahaan kedua-dua negara.
Eskpo China-ASEAN Ke-4 Penuh Meriah 2007-10-29 Eskpo China-ASEAN Ke-4 telah dirasmikan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi semalam. Selaku sebuah platform yang bertujuan untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama perdagangan antara China dengan ASEAN, Ekspo China-ASEAN telah menarik semakin ramai pedagang dan pelawat dari dalam dan luar negara.
Ekspo China-ASEAN Ke-4 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-4 Diadakan di Nanning 2007-10-28 Semasa menghadiri pelbagai aktiviti berkenaan, Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan menyatakan bahawa kini, China dan ASEAN telah menjalin hubungan rakan strategik. Kedua-dua pihak saling menghormati dalam bidang politik, mengadakan pertukaran dalam bidang kebudayaan dan saling mendorong dalam bidang ekonomi.
Ekspo China-ASEAN Keempat akan Dirasmikan 2007-10-27 Selari dengan tema "kerjasama pelabuhan", kesemua "City of Charm" dalam Ekspo China-ASEAN ke-4 ialah bandar pelabuhan antaranya Tianjin China, Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam, Sihanoukville Kemboja, Palembang Indonesia, Savannakhet Laos, Klang Malaysia, Yangon Myanmar, Teluk Subic Filipina, bandar Singapura, Singapura; Chon Buri Thailand dan Ha Long Vietnam.