Pavilion Tianyi
Pavilion Tianyi dibina pada tahun 1561, iaitu pada zaman maharaja Jiajing Dinasti Ming (tahun 1368 hingga 1644). Bangunan ini merupakan sebuah perpustakaan peribadi yang sejarahnya paling lama di China. Pavilion Tianyi juga merupakan perpustakaan yang paling bersejarah di Asia dan salah satu daripada tiga perpustakaan keluarga yang paling bersejarah di dunia.