Ningbo, Tempat Asal Usul Budaya Hemudu

2017-05-16 16:47:18  CRI
Share with:

Tasik Dongqian

Tasik Dongqian, terletak 15 kilometer dari timur bandar Ningbo, merupakan lagun semula jadi yang terbentuk akibat pergerakan bumi pada zaman kuno. Sebagai tasik air tawar semula jadi yang terbesar di provinsi Zhejiang, Tasik Dongqian yang keluasannya 22 kilometer persegi itu merupakan tasik yang keluasannya tiga kali ganda lebih besar berbanding dengan Tasik Barat, Hangzhou.

Taman Paya Negara Teluk Hangzhou

Taman Paya Negara Teluk Hangzhou yang seluas 43.5 kilometer persegi merupakan salah satu antara lapan paya air masin di China. Taman yang berhampiran dengan jambatan besar rentas laut Teluk Hangzhou ini merupakan destinasi peringkat dunia untuk memerhati burung hijrah. Setiap tahun, banyak burung hijrah tertarik untuk singgah di taman ini berikutan persekitaran ekologi yang baik dan sumber makanan yang mencukupi.

点击图片进入下一页
Ningbo, Tempat Asal Usul Budaya Hemudu

jambatan besar rentas laut Teluk Hangzhou

Musim bunga (bulan Mac hingga Mei) dan musim luruh (bulan September hingga November) merupakan masa yang paling sesuai untuk melancong ke Ningbo. Anda dinasihatkan melancong di Ningbo selama dua hingga empat hari.


admin