v Bagaimana Keadaan Suhu dan Musim di Beijing pada Bulan Mac? 
Soalan daripada Zainah: Saya sekeluarga akan ke Beijing pada 14 Mac 2010. Jangka berapakah keadaan suhu dan musim di sana pada tarikh tersebut? Jawapan: Bulan Mac sudah memasuki musim bunga.
v Berapakah nilai matawang Ringgit Malaysia ( RM 1 ) jika ditukarkan ke matawang China ?
Sekarang 1 RM boleh menukarkan 2 RMB. RMB sahaja boleh digunakan di Beijing.
v Berapa jauh dan berapa jamkah dari Guangzhou ke Beijing dan dari Tianjin ke Beijing?
Jikalau saudara menaiki kapal terbang dari Guangzhou ke Beijing hanay memerlukan kira-kira tiga jam lima minit dan jarak jauhnya sepanjang 1967 kilometer. Tetapi menaiki ketera api memerlukan 22 jam yang mamakan masanya yang amat panjang daripada menaiki kapal terbang.
v Bulan berapakah yang sesuai saya melancong ke Beijing ?
Musim sejuk di Beijing adalah dari bulan November hingga bulan Febuari, cuaca amat sejuk dan suhu udaranya menurun sehingga antara 1-15 darjah selcius di bawah paras beku. Oleh sebab itu, musim sejuk di Beijing tidak begitu sesuai saudara melancong ke sana. Saudara boleh melancong ke Beijing pada penhujung bulan Febuari atau awal bulan Mac.
v Informasi Tentang Bagaimana Melancong ke Beijing?
Saudara, suami dan bapa mertua dicadangkan menaiki kapal terbang langsung dari Kuala lumpur ke Beijing. Sekarang sudah dibukakan penerbangan langsung dari KL ke Beijing. Kamu dapat mencari pemandu pelancongan yang bercakap bahasa melayu serta beragama Islam dari agensi pelancongan Malaysia.
v Bagaimana Agensi Pelancongan Islam di Beijing?
Selamat datang ke Bejing sekeluarga saudara. Malaysia berkemungkinan mempunyai beberapa agensi pelancongan yang be kerjasama dengan agensi pelancongan China. Saudara dapat berhubung dengan agensi tersebut untuk menenpah hotel dan urusan yang lain sebelum melawat China.
v Perlukah Memohon Visa Jika Nak Melancong ke Shanghai?
Soalan daripada saudara Ali Jamsyir: Perlukah memohon visa jika nak melancong ke Shanghai?
Jawapan: Jika nak melancong ke China, saudara perlu memohon visa terlebih dahulu. Bolehlah saudara menguruskan hal tersebut di Kedutaan Besar China di Malaysia.
v Bagaimana Cuaca di Beijing pada 5 Februari 2010? Bagaimana Pula dengan Makanan dan Hotel?
Soalan daripada saudara Haji Abdul: Jika nak melawat ke Beijing pada 5 Februari 2010, cuaca sejuk atau panas? Bagaimana pula dengan makanan dan hotel?
Jawapan: Bermula pada 4 Feburari, China akan memasuki musim bunga. Cuaca pada ketika itu tak sejuk sangat, tetapi juga ada kemungkinan akan turun salji. Jadi, eloklah saudara menyediakan pakaian yang tebal terlebih dahulu.
v Bila Bermulanya Musim Bunga?
Soalan daripada saudari Liza: Bila bermulanya musim bunga?
Jawapan: 4 hb Februari merupakan hari "Lichun" atau juga dikenali sebagai "Hari Permulaan Musim Bunga". Ia merupakan hari pembahagian pertama daripada hari pembahagian "24 musim" menurut kalender tradisional China.
v Bagaimana Cuaca Di Beijing Sekarang?
Soalan daripada Saudari Liza: Saya plan nak ke Beijing untuk melancong,, tapi dilaporkan cuaca di Beijing sgt sejuk.Adakah saya perlu menunda ke tarikh yang lain.
Jawapan: Suhu sekitar 0 darjah selsius pada siang hari di Beijing.Cuaca yang sejuk ini akan berlangsung selama 2 hingga 3 bulan lagi.
v Tempat Mana Boleh Beli Beg Tangan dan Telefon Bimbit yang Murah-Murah di Beijing?
Soalan daripada saudari Siti: Tempat mana yang boleh membeli beg tangan dan telefon bimbit yang murah-murah di Beijing?
Jawapan: Kalau nak beli beg tangan yang murah-murah, bolehlah saudari pergi ke Pusat Beli-belah Xiushui di Daerah Chaoyang.
v Hotel Murah Beijing Dekat Mana Mana Masjid?
Soalan daripada saudara Anuar: Hotel murah Beijing dekat mana mana Masjid, dan tambang keretapi hard sleeper 1 orang dari Guangzhou ke Xi'an, Xi'an ke Beijing, Beijing ke Guangzhou .
Jawapan: Terdapat beberapa hotel yang murah dekat dengan Masjid Niujie Beijing.
v Apa Musim di Beijing Waktu Bulan Jun?
Soalan daripada saudara Mazlina: Saya dan beberapa orang kawan bercadang untuk ke Beijing. Jika kami melawat beijing pada bulan Jun, waktu itu cuaca di sana musim apa dan musim bunga pada bulan bila?
Jawapan: Bulan Jun di Beijing merupakan musim panas. Musim bunga di Beijing pada bulan Februari hingga bulan April.
v Berapa Kadar Bayaran Menaiki Kereta Api dari Tianjin ke Beijing?
Saudara Jun bertanya: "Saya akan ke Beijing melalui Tianjin. Adakah saya boleh menaiki kereta api atau bus? Berapa kadar bayaran?" Jawapan: Anda dicadangkan menaiki kereta api dari Tianjin ke Beijing kerana lebih cepat dan jimat berbanding bas. Bayarannya lebih kurang 58 yuan Renminbi, iaitu kira-kira 30 Ringgit.
v Apakah tempat-tempat menarik untuk dilawat di Beijing?
Terdapat banyak tempat yang menarik di Beijing untuk dilawati, termasuk Lapangan Tian'anmen, Istana Kuno (juga dikenali sebagai Kota Larangan), Tembok Besar, Taman Yihe (juga dikenali sebagai Istana Musim Panas), dan Masjid Niujie yang mempunyai sejarah lama.
v Adakah Hotel Kunlun berdekatan dengan mana-mana subway, masjid, restoran muslim dan juga tempat membeli-belah?
Stesen subway yang terdekat dengan Hotel Kunlun ialah Liangmaqiao (Subway line 10). Tempat membeli-belah: Jiayi Vogue Square, Lufthansa Friendship Shopping Center. Manakala, masjid yang terdekat dengan hotel itu ialah Masjid Dongzhimenwai.Restoran muslim yang terdekat: Little Penang Restaurant (berasal dari Malaysia), alamatnya: Nurenjie, District ChaoyangRestoran Awana (berasal dari Malaysia), alamatnya: Nurenjie, District Chaoyang
prev 1 2 3
SearchYYMMDD  
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China. 100040