Tentang CRI
Siaran Bahasa Melayu
 
Login | Daftar
 
Cari:
Laman Utama | BeritaPelanconganKebudayaan Islam Belajar Mandarin Kenali BeijingChina ABC
 
v Thailand Kuatkuasakan Perlembagaan Baharu
Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn berkenan menandatangani Perlembagaan baharu pada 6 April 2017. Ini perlembagaan ke-20 sejak Thailand mengamalkan sistem raja berperlembagaan.
v Kerajaan Filipina Menang dalam Pertempuran di Marawi
Serangan ganas berlaku di Marawi, bandar di selatan Filipina pada 23 Mei 2017. Militan antikerajaan, Maute bertempur dengan tentera kerajaan dan berjaya menawan bandar Marawi. Pada 25 Mei, Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan perintah berkurung di bandar berkenaan. Beliau dalam laporan kepada kongres menyatakan bahawa kumpulan Maute dan kumpulan Abu Sayyaf berniat untuk menubuhkan rejim bagi menguasai seluruh pulau Mindanao.
v Pertikaian Keluarga Lee Kuan Yew Gegarkan Singapura
Pada 14 Jun 2017, anak-anak kepada mendiang Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, iaitu Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang mengeluarkan kenyataan bersama melalui akaun facebook, mengkritik abang mereka, Lee Hsien Loong tidak mengikuti wasiat bapa mereka dan "menggunakan harta negara untuk kegunaan sendiri".
v Indonesia Haramkan Kumpulan Hizbut Tahrir
Pada 19 Julai 2017, Indonesia mengumumkan perintah Presiden Joko Widodo, mengharamkan kumpulan Hizbut Tahrir. Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keamanan, Wiranto menjelaskan bahawa kegiatan kumpulan itu telah mengakibatkan konflik dalam masyarakat dan mengancam keamanan, tatatertib awam dan penyatuan negara.
v Rundingan CoC Capai Kemajuan
Pada 6 Ogos 2017, rangka Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) dicapai sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar China-ASEAN di Manila. Rangka ini menyediakan asas yang baik bagi rundingan CoC selanjutnya.
v ASEAN Sambut Ulang Tahun ke-50
ASEAN menyambut hari ulang tahun ke-50 penubuhannya pada 8 Ogos 2017. Pemimpin-pemimpin negara ASEAN ketika menghadiri upacara sambutan itu di Manila, mengeluarkan deklarasi bersama yang menyebut bahawa "kami percaya, kami mampu menangani cabaran pada masa depan berasaskan prestasi yang sedia dicapai."
v Dialog Pertama APEC dengan ASEAN
Atas inisiatif kerajaan Vietnam, dialog pertama pemimpin antara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dengan ASEAN telah diadakan di Da Nang, Vietnam pada 10 November 2017.
v Sidang Pemimpin Pertama RCEP di Manila
Pada 14 November 2017, sidang pemimpin pertama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang diketuai ASEAN diadakan di Manila sempena sidang kemuncak ASEAN.
v CNRP dibubarkan
Pada 16 November 2017, Mahkamah Agung Kemboja membuat keputusan membubarkan parti pembangkang, iaitu Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), di samping melarang 118 anggota parti itu terlibat dalam kegiatan politik dalam tempoh lima tahun akan datang.
v Myanmar dan Bangladesh Tandatangan Perjanjian Pemulangan Penduduk Rakhine
Pada 23 November 2017, Jabatan Penasihat Negara Myanmar mengeluarkan kenyataan bahawa Myanmar dan Bangladesh telah menandatangani perjanjian untuk membantu penduduk wilayah Rakhine pulang ke Myanmar.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian

v Ni Hao (13-04-2018)

v Ni Hao (12-04-2018)
Lagi>>
Menarik
• Budaya Dongba, Lijiang
• Pelancongan Santai di Kota Shanghai
• Kembara Sutera Julai 2013
• Hari Qing Ming, Perayaan Tradisional China
• Kembara Muslim di China 2012

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China