Cari:
• China Berusaha Membaik Pulih dan Menyelamatkan Warisan Sejarah di Kawasan Gempa Bumi Sichuan 2009-05-15
Gempa bumi yang dahsyat di Sichuan China pada tahun lalu bukan sahaja mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerugian harta benda yang amat serius, tetapi juga telah merosakkan banyak warisan sejarah dan artifak bernilai di kawasan tersebut. Selepas gempa bumi itu berlaku, kerajaan telah memulakan kerja membaik pulih bangunan warisan yang rosak akibat bencana itu. Jumlah peruntukannya dikatakan mencatat angka 6 bilion yuan RMB.
• Pembangunan Semula Kawasan Bencana Gempa Bumi Sichuan 2009-05-12
Tarikh 12 Mei akan sentiasa membawa kesedihan ke dalam hati setiap orang China. Pada hari yang sama tahun yang lalu, gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter telah berlaku di kaunti Wenchuan di provinsi Sichuan, barat daya China. Selepas gegaran selama tiga minit, 68,712 orang telah menjadi korban dan 17,921 orang lagi hilang. Bagaimana keadaan di Sichuan setahun selepas itu? Bagaimana kehidupan orang Sichuan sekarang ini Wartawan kami akan membawa anda meninjau ke Sichuan.
• China Tingkatkan Usaha untuk Mencegah, Meramal dan Menangani Bencana Alam 2009-05-11
12 Mei ini merupakan ulang setahun gempa bumi Sichuan, dan juga Hari Mencegah Bencana Negara yang pertama di China. Pegawai Kementerian Hal Ehwal Awam, Zou Ming menyatakan bahawa kerajaan China sedang berusaha untuk mencegah dan meramal bencana alam
• Pembangunan Semula Pascabencana Sichuan China Capai Kejayaan yang Besar 2009-05-08
Setahun sudah berlalu, usaha mangsa di kawasan bencana dan sokongan daripada pelbagai kalangan masyarakat telah menjadikan kerja-kerja pembangunan semula pascabencana mencapai kejayaan yang besar. Setakat ini, pembinaan semula landasan kereta api, lebuh raya dan lapangan terbang di provinsi Sichuan, Gansu dan Shaanxi telah siap atau sudah baik pulih secara menyeluruh dan sudah pun berfungsi semula.
• Sumbangan Rakyat Terus Mencurah bagi Usaha Pembangunan Pascabencana Sichuan 2009-05-07
Pertubuhan kalangan rakyat dan masyarakat telah memberikan sumbangan yang berterusan kepada usaha pembangunan pascabencana Sichuan. Contohnya, mereka telah mengumpul banyak barang yang didermakan oleh rakyat untuk digunakan dalam pembangunan semula sekolah, rumah, hospital dan badan amal serta berusaha memberikan bantuan kepada mangsa dari segi emosi dan fizikal supaya mereka dapat hidup seperti biasa kembali.
• Datuk Che Moin Umar: Kesedaran Orang Ramai Penting bagi Mengurangkan Kerugian Akibat Bencana 2009-05-07
Selepas bencana tsunami lautan Hindi yang berlaku pada 26 Disember tahun 2004, Malaysia telah menetapkan 26 Disember sebagai Hari Kesedaran Bencana Negara. Di China pula, tarikh 12 Mei ditetapkan sebagai Hari Pencegahan dan Pengurangan Bencana Negara mulai tahun ini.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China