Cari:
• Pelancongan Menajdi Pilihan Baru Warga China Sempena Sambutan Tahun Baru China 2011-02-08
Aktiviti pelancongan kini menjadi pilihan baru warga China untuk menyambut Tahun Baru China. Jumlah pelancong dalam musim perayaan Tahun Baru China dijangka meningkat 40% berbanding dengan tahun 2010. Bahagian selatan China seperti Hainan, Yunnan dan Guangxi menjadi destinasi pelancongan utama kerana mempunyai suhu udara yang sangat nyaman.
• Perayan Tahun Baru China di London 2011-02-07
Lapangan Trafalgar yang terletak di pusat bandar London Britain merupakan destinasi pelancongan yang terkenal, dengan sering dibanjiri pelancong. Aktiviti perayaan Tahun Baru China yang setahun sekali telah diadakan di lapangan itu menurut jadualnya peda petang semalam.
• China Raikan Tahun Baru dalam Suasana Tradisional 2011-02-07
Hari ini ialah hari kelima tahun arnab menurut kalandar Cina. Aktiviti-aktiviti perayaan terus diadakan di pelbagai tempat di China untuk meraikan Tahun Baru Cina dengan suasana tradisional.
• Kereta Api Laju Permudah Perjalanan Rakyat China Sempena Tahun Baru China 2011-02-04
Pada tahun 2007, kumpulan pertama kereta api yang berkelajuan melebihi 200 kilometer sejam telah mula beroperasi di China. Setakat penghujung 2010, panjangnya landasan kereta api laju yang mencatat 8358 kilomoter di negara ini telah menduduki tempat pertama di dunia, lebih 30% daripada perbatuan keseluruhan perkhidmatan kereta api laju seluruh dunia.
• Pemimpin China Bersama-sama Rakyat Menyambut Tahun Baru China 2011-02-03
3 Februari ini merupakan perayaan yang paling meriah di China, iaitu Tahun Baru China. Rakyat China di merata-rata tempat merayakan hari raya tradisional yang mempunyai sejarah selama lebih 4,000 tahun ini dalam suasana yang paling meriah dan gembira. Sempena hari raya ini, Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao masing-masing pergi ke provinsi Hebei dan Anhui untuk menyambut hari kebesaran ini dengan para petani di kawasan tersebut yang ekonominya kurang maju.
• Membeli-belah untuk Tahun Baru China di Internet Menjadi Pilihan Golongan Muda China 2011-02-02
Membeli-belah di Internet memang sudah tidak asing lagi bagi orang China. Menjelang ketibaan Tahun Baru China, para peniaga masing-masing mengadakan promosi jualan hebat di Internet untuk menarik lebih ramai orang membeli hadiah dan barang keperluan perayaan secara dalam talian.
• Kerajaan China Ambil Tindakan untuk Mengatasi Kesan daripada Cuaca Buruk 2011-01-28
Baru-baru ini, hujan dan salji sekali lagi melanda kawasan luas di bahagian selatan China, ini merupakan kali ketiga cuaca buruk semancam ini melanda kawasan selatan China sejak awal tahun ini. Demi menghadapi cuaca yang begitu buruk, jabatan pengangkutan, keselamatan awam dan penerbangan awam China telah menyusun pelbagai rancangan kecemasan untuk menghadapi cuaca seumpama tersebut dan memastikan penumpang dihantar ke destinasinya dengan selamat.
• Kerajaan China Agihkan Subsidi kepada Penduduk Miskin untuk Menjamin Kehidupan Mereka Sempena Tahun Baru China 2011-01-27
Sempena Tahun Baru China, perayaan tradisional China, Kementerian Hal Ehwal Awam dan Kementerian Kewangan China telah memperuntukkan dana subsidi yang berjumlah 10.4 bilion yuan RMB untuk diagihkan kepada lebih 86 juta orang penduduk miskin. Walau bagaimanapun, memastikan kehidupan asas golongan miskin juga memerlukan usaha kerajaan yang terus menyempurnakan sistem bantuan sosial.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China