Noriani: Kisah di Air Terjun Huangguoshu 2011-05-27 Selama seminggu, saya telah melalui satu pengembaraan penuh misteri, menyelusuri zaman kegemilangan Dinasti Ming dan Qing serta mengenali budaya bangsa kaum minoriti terbanyak di Guizhou. Itulah kesimpulan pakej lawatan ke sini |
Noriani: Meronda di Sekitar Pekan Qingyan 2011-05-26 Tidak lengkap kalau melawat Guizhou jika tidak menyusuri sejarah pekan kuno di Provinsi itu. Di hari keempat, lawatan ke Pekan Qinyang memenuhi agenda. Terletak di selatan pinggir bandar Guiyang sejauh 29 km, Pekan ini antara 4 buah pekan yang mengekalkan ciri-ciri zaman silamnya. |
Noriani: Guizhou, Switzerland di Sebelah Timur 2011-05-26 Hari ini berpindah dari Guiyang ke Tasik Maple Merah kira-kira sejam perjalanan. Dikatakan kawasan ini umpama Tasik atas Dataran, setenang tasik yang biru, tetapi gah dalam kawasan pergunungan yang dilitupi kehijauan. Gunung-ganang, tasik, sungai, air terjun dan keajaiban geologi yang semula jadi menjadi tarikan bagi Guizhou. Lantas itu digelar "Switzerland di sebelah Timur". |
Kesuma: Lawatan di Guizhou Akan Berakhir 2011-05-26 Rasa sekejap saja berada di sini, kami akan mengakhiri lawatan di Guizhou. Persahabatan antara kami sesama media akan terus dikekalkan. Untuk menggalakkan semangat bersama, kami menggubah lirik lagu sebagai kenangan yang indah di Guizhou. |
Noriani: Kisah Tanduk dan Sebatang Buluh 2011-05-25 Hari ini hari ketiga saya berada di bumi Guizhou yang cuacanya jarang cerah tetapi mendung dan aman sekali. Syukur tiada hujan kerana pengembaraan ini pasti terganggu. Namun saya sentiasa dipanaskan dengan kemesraan orang di Guizhou membuatkan saya mudah tersentuh. Sejak menjejaki kaki di bumi Guizhou, tiga perkara yang sentiasa terpandang, tanduk kerbau, jagung kering dan buluh di sini. |
Kesuma: Makanan Guizhou 2011-05-25 Orang China berasa bangga dan menamakan diri keturunan Yandi dan Huangdi. Manakala, etnik Miao dikatakan berasal dari Chi You yang bertubuh manusia dan bertanduk. Meskipun puak Chi You kalah dalam pertempuran dengan Yandi dan Huangdi, namun puaknya tetap dianggap kaum yang gagah perkasa. Oleh sebab itu, garam dan besi larang diangkut ke kawasan tinggal etnik Miao, supaya kaum ini dilemahkan badan dan kelengkapan senjata. |
Noriani: Lawatan ke Perkampungan Etnik Miao Nanhua 2011-05-24 Semangat Guizhou bergema dalam Majlis Pelancaran Program Wartawan Etnik Mendekati Sukan Etnik Minoriti di Guiyang sebagai permulaan promosi Sukan yang bakal berlangsung pada 10 September depan. Persembahan mendekati kita dengan budaya sebuah bangsa yang sentiasa mengapai kegemilangan dan kecemerlangan diri dalam apa jua walaupun dalam bidang sukan dan seni. Persembahan juga menyentuh salah satu acara sukan iaitu bulu tangkis. |
Kesuma: Mendekati Etnik Minoriti di Guizhou 2011-05-24 Etnik minoriti di Guizhou sangat pandai menyanyi dan menari. Mereka memiliki suara yang bernada tinggi. Cara nyanyian mereka juga unik, dan mereka mengakhiri setiap lagu persembahan dengan suara seakan-akan burung. Persembahan mereka juga mengasyikkan seperti akrobatik dengan pakaian yang penuh sarat dengan barangan kemas dari perak. Dari bandar Guiyang ke kampung etnik Miao, rasanya seperti naik kuda. Ini kerana lebih 70% jalan di bandar Guiyang tidak rata dan terletak di dataran tinggi... |
Noriani: Guizhou, Permata di China 2011-05-23 Kalau dipecahkan perkataan 'Gui' kepada tiga bahagian karekternya, perkataan yang timbul adalah "Zhong Yi Bei" yang bermaksud 'Permata di China'. Begitulah ibaratnya keindahan dan kilauan yang bakal menanti sesiapa pun yang mengunjungi Guizhou. Untuk ke provinsi itu, jika dengan menaiki kapal terbang, perjalanannya mengambil masa 3 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, melalui kereta api 28 jam dan kalau di darat…… pasti memenatkan. |
Kesuma: Guiyang, Bandar Beriklim Sejuk 2011-05-23 Saya dan Puan Noriani Idris bersama rakan lain dari CRI memulakan lawatan kami di Guizhou, barat daya China dari 22 hingga 26 Mei ini. Kami mengambil tiga jam dalam penerbangan dari Beijing ke Guiyang, ibu kota provinsi Guizhou. Kebetulan, seorang asli Guizhou, namanya Vicktor duduk di sebelah saya. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |