Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan 2015
2015-03-05 10:45:48 CRI Cetak

Bahagian II: Pelan Keseluruhan Tahun 2015

China yang merupakan negara membangun paling besar di dunia, tetap akan berada pada tahap awal sosialisme dalam jangka panjang. Pembangunan merupakan asas dan kunci bagi menyelesaikan segala masalah. Pada masa yang sama, pembangunan ekonomi China memasuki tempoh transformasi. Kelemahan dalam sistem dan mekanisme yang berkaitan serta masalah stuktur menghalang pembangunan. Jika tidak memperincikan pembaharuan dan menyusun semula struktur ekonomi, pembangunan yang stabil dan sihat sukar untuk diwujudkan. Oleh itu, China mesti berpusatkan pembangunan ekonomi, menggalakkan pembangunan secara saintifik melalui pembaharuan, mempercepat pengubahsuaian kaedah pembangunan ekonomi ke arah mewujudkan pembangunan yang berkualiti, berkesan dan lestari.

Kini, ekonomi global sedang mengalami transformasi. Tekanan kemerosoran ekonomi China semakin meningkat, masalah dalam pembangunan turut menonjol, kesukaran yang dihadapi oleh China pada tahun ini dijangka lebih besar berbanding tahun lalu. Pada masa yang sama, pembangunan China terdedah kepada peluang strategik yang penting, dan mempunyai potensi besar. Pengindustrian model babaru, teknologi maklumat, urbanisasi dan modenisasi pertanian terus berkembang, asas pembangunan semakin kukuh, faedah pembaharuan semakin besar, kawalan makro pula menghimpun pengalaman yang banyak. China mesti menguatkan tekad untuk menjayakan pembangunan.

Tahun ini merupakan tahun penting bagi memperincikan pembaharuan secara menyeluruh dan permulaan bagi menggalakkan pentadbiran negara berdasarkan undang-undang secara menyeluruh, juga tahun penting bagi memantapkan pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula struktur ekonomi. Permintaan keseluruhan terhadap kerja-kerja kerajaan adalah: secara aktif menyesuaikan diri dengan transformasi ekonomi, mengekalkan pertumbuhan yang mapan, mengekalkan kadar pertumbuhan pada julat yang munasabah, berusaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan pertumbuhan ekonomi, lebih mengutamakan pengubahsuaian kaedah pembangunan ekonomi dan struktur ekonomi, menggalakkan pembaharuan untuk mengatasi kesukaran, mengutamakan usaha inovasi bagi memacu pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan kawalan risiko, meningkatkan jaminan kesejahteraan rakyat, mengurus hubungan antara pembaharuan, pembangunan dan kestabilan dengan baik, menggalakkan pembangunan ekonomi sosiolisme, pembangunan politik, kebudayaan, sosial dan tamadun ekologi secara menyeluruh, menggalakkan pembangunan ekonomi yang mapan dan sihat serta keharmonian dan kestabilan masyarakat.

Kerajaan menyasarkan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada kadar yang sederhana tinggi dengan kualiti dan keefisienannya juga pada taraf sederhana tinggi. Usaha akan disepadukan untuk menstabilkan dasar dan jangkaan pertumbuhan ekonomi serta menggalakkan pembaharuan dan pengubahsuaian struktur ekonomi, menggalakkan usaha inovasi serta menambah produk dan perkhidmatan awam, mengekalkan trend pembangunan ketika melaraskan kepesatannya, serta meningkatkan kualiti dan keefisienan pertumbuhan ekonomi.

Sasaran utama pembangunan sosioekonomi China pada tahun ini ialah: KDNK meningkat kira-kira 7%, Indeks Harga Pngguna (IHP) meningkat kira-kira 3%, menyediakan lebih 10 juta peluang pekerjaan baharu di bandar, kadar penggangguran di bandar kurang daripada 4.5%, jumlah import dan eksport meningkat kira-kira 6%, imbangan pembayaran antarabangsa diwujudkan, pendapatan rakyat ditingkatkan seiring dengan pembangunan ekonomi. Di samping itu, penggunaan sumber tenaga menurun 3.1% ke atas, manakala pelepasan bahan cemar utama terus berkurang.

Untuk menjayakan kerja kerajaan pada tahun ini, tiga aspek yang berikut patut diberikan perhatian:

Pertama, menstabilkan dan menyempurnakan dasar ekonomi makro. Terus melaksanakan dasar fiskal yang positif dan dasar kewangan berhemat. Menurut rancangan, defisit perbelanjaan pada tahun ini akan mencatat RMB 1.62 trilion, menambah RMB 270 bilion berbanding tahun lalu, dengan kadar defisit ditingkatkan daripada 2.1% kepada 2.3%. Antaranya defisit perbelanjaan pusat mencatat RMB 1.12 trilion, menambah RMB 170 bilion. Manakala defisit perbelanjaan kerajaan tempatan pula mencatat RMB 500 bilion, menambah RMB 100 bilion.

Wang luas (M2) dijangka menambah kira-kira 12%. Jumlah ini juga boleh ditingkatkan sedikit lagi berdasarkan keperluan pembangunan ekonomi dalam pelaksanaannya.

Kedua, mengimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan penyusunan semula struktur. Kami bukan sahaja perlu mengekalkan kadar pertumbuhan dan kestabilan ekonomi, malah juga perlu menjamin peluang kerja dan pendapatan penduduk meningkat secara berterusan, mewujudkan syarat yang baik untuk usaha penyusunan semula struktur. Kami perlu mengintensifkan pembinaan kualiti, piawaian dan jenama, menambah kedudukan industri perkhidmatan dan industri baharu di samping menerokai titik pertumbuhan yang baharu.

Ketiga, memupuk dan membina daya dorongan baharu bagi pembangunan sosioekonomi. Di samping meningkat bekalan produk awam dan perkhidmatan, menambah peruntukan kerajaan dalam bidang pendidikan dan kesihatan, menggalakkan penglibatan masyarakat dan meningkat keefisienan bekalan. Selain itu, kerajaan akan menyokong rakyat terlibat dalam keusahawanan dan inovasi. Jumlah penduduk China seramai 1.3 bilion, antaranya 900 juta sumber tenaga. Kerajinan dan kebijaksanaan rakyat China pasti akan menjadi daya dorongan yang kuat untuk mengatasi tekanan kemerosotan dan menjana semula kedinamikan ekonomi nasional. Kerajaan perlu cukup berani untuk menjalankan pembaharuan terhadap diri sendiri supaya memberi ruang yang mencukupi kepada pasaran dan masyarakat dan membina wadah kepada persaingan yang adil. Di samping itu, individu dan syarikat pula perlu aktif menjalankan inovasi.

1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China