Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan 2015
2015-03-05 10:45:48 CRI Cetak

Bahagian VI: Bersungguh-sunggh Meningkatkan Pembinaan Kerajaan

Kita akan melaksanakan mentadbirkan negara di sisi undang-undang, mempercepat pembinaan kerajaan perundangan, kerajaan inovasi, kerajaan bersih dan kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat. Meningkaktan kemampuan pentadbiran dan maruah, serta mewujudkan pemodenan sistem pentadbiran negara dan kemampuan pentadbiran.

Mengamalkan perlembagaan dan mengekalkan pentadbiran di sisi undang-undang secara menyeluruh. Perlembagaan merupakan norma perbuatan kita dan mesti diamalkan oleh kerajaan dan pegawai pelbagai peringkat. Kesemua tindakan yang melanggar undang-undang dan peraturan mesti dikenakan hukuman, dan kesemua tindakan yang kurang adil dalam pelaksanaan undang-undang mesti dibetulkan.

Membaharui pentadbiran, mengutarakan fungsi perkhidmatan, dan meningkatkan kecekapan kerajaan. Kerajaan pelbagai peringkat mesti menerima penyeliaan Kongres Rakyat seperingkatnya dan suruhanjaya tetapnya, menerima penyeliaan demokratik Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, mendengar teliti pandangan perwakilan Kongres Rakyat, parti-parti bukan komunis, persatuan industri dan perniagaan, tokoh-tokoh tidak berparti, dan pertubuhan kalangan rakyat.

Menggunakan kuasa di sisi undang-undang, menjunjung penjimatan, menentang pembaziran, dan mengintensifkan pembinaan pemerintah yang bersih dan usaha antirasuah. Rasuah berkaitan rapat dengan kuasa. Berdasarkan undang-undang, kita akan meningkatkan penyeliaan pentadbiran, menjadikan badan pengauditan memainkan peranan pemantauan, meningkatkan pengawalan terhadap modal awam, sumber tenaga awam dan aset milik negara. Mengekalkan usaha antirasuah, mengenakan hukumen keras terhadap kaum kolot, baik berlaku di badan kerajaan mahu pun dalam kalangan rakyat.

Berkhidmat untuk kepentingan rakyat. Perkembangan dari segi etika pula memasuki tahap yang baharu berikutan pembangunan ekonomi memasuki tahap yang baharu. Pegawai kerajaan khususnya pemimpin kerajaan perlu menjadikan kepentingan rakyat sebagai tugas utama, sentiasa mengutamakan pembinaan pemodenan dan memberikan tumpuan perhatian kepada kehidupan rakyat.

1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China