Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan 2015
2015-03-05 10:45:48 CRI Cetak

Para perwakilan,

China merupakan sebuah negara bersatu yang berbilang kaum. Memperkukuh dan mengembangkan hubungan kaum sosialis yang sama rata, bersatupadu, tolong-menolong dan harmoni merupakan kepentingan asas dan tanggungjawab bersama rakyat pelbagai kaum di China. Kita akan mengekalkan dan menyempurkan sistem wilayah autonomi, menjayakan aktiviti sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Autonomi Tibet dan ulang tahun ke-60 penubuhan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Rakyat pelbagai kaum bersatu-padu dan hidup bersama secara harmoni, bersama-sama menempuh cabaran dan membina masyarakat yang harmoni. Bangsa China pasti akan semakin makmur, kuat, dan bahagia.

Kita akan menggalakkan hubungan harmoni antara pelbagai agama, memelihara hak kalangan agama yang sah, dan menggalakkan tokoh-tokoh agama dan penganut agama memainkan peranan positif dalam perkembangan sosioekonomi.

Kita akan terus menggalakkan orang Cina di luar negara dan orang Cina yang kembali ke tanah air memainkan kelebihan untuk mengambil bahagian dalam pembinaan pemodenan, penyatuan semula tanah air, dan interaksi dengan negara luar.

Para perwakilan,

Membina pertahanan yang kukuh dan pasukan tentera yang kuat merupakan jaminan asas demi memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara. Berdasarkan matlamat memperhebat pasukan tentera yang dianjurkan oleh Parti Komunis China, mengekalkan kemimpinan Parti Komunis China terhadap pasukan tentera, membuat persiapan bertempur dan menjamin kestabilan pertahanan sempadan, lautan dan udara.

Para perwakilan,

Kita akan terus mengekalkan dasar "satu negara dua sistem", "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong", "orang Makau mentadbir Makau", dasar autonomi dan menangani urusan di sisi Perlembagaan dan Undang-undang Asas. Menyokong Ketua Eksekutif dan kerajaan Hong Kong dan Makau melaksanakan pentadbiran di sisi undang-undang, mengembangkan ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat, mempergiat demokrasi dan menggalakkan keharmonian. Meningkatkan interaksi dan kerjasama antara Tanah Besar dengan Hong Kong dan Makau, terus menggalakkan Hong Kong dan Makau memainkan peranan istimewa dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, serta pembangunan pemodenan negara.

Kita akan terus mengekalkan dasar terhadp Taiwan, memperkukuh "konsensus 1992", menentang "kemerdekaan Taiwan", dan mengekalkan hubungan damai antara Tanah Besar dengan Taiwan berkembang menuju ke arah yang betul. Kita menanti-nantikan saudara Tanah Besar dan Taiwan meningkatkan persefahaman dan kepercayaan, merapatkan rasa persaudaraan dan memberikan sumbangan demi mewujudkan penyatuan semula tanah air. Kita percaya bahawa hubungan Tanah Besar dengan Taiwan berkembang secara damai merupakan arus sejarah yang tidak dapat dihalangkan.

Para perwakilan,

Kita akan terus mengekalkan pembangunan secara damai, bekerjasama dengan negara luar dan mewujudkan situasi menang-menang. Kita akan dengan teguh memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, memastikan hak warga China dan badan berkanun yang sah di luar negara terjamin, dan menggalakkan pembinaan hubungan antarabangsa baharu yang berfokus kepada kerjasama dan saling menguntungkan. Mengintesifkan dialog strategik dan kerjasama pragmatik dengan pelbagai negara besar, dan mewujudkan rangka hubungan negara-negara besar yang mapan. Menggalakan diplomasi dengan negara-negara jiran demi membina komuniti yang berkongsi nasib bersama. Meningkatkan perpaduan dengan negara-negara membangun, dan memelihara kepentingan bersama. Aktif menyertai urusan multilateral antarabangsa, dan menggalakkan sistem dan order antarabangsa berkembang menuju ke arah yang adil dan munasabah. Menjayakan aktiviti sambutan ulang tahun ke-70 kemenangan perang anti-Fasis dunia dan perang anti pencerobohan Jepun rakyat China, serta berusaha bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa untuk memelihara hasil Perang Dunia Kedua dan keadilan antarabangsa. Kita berhasrat menggembleng tenaga dengan pelbagai negara di dunia, memelihara keamanan berkekalan dan mewujudkan dunia yang lebih makmur.

Para perwakilan,

Zaman ini memberikan peluang sejarah demi pembangunan China. Marilah kita bersatu padu dengan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Xi Jinping, menyanjung tinggi sosialisme, bersatu padu, dan melaksanakn inovasi untuk mewujudkan matlamat pembangunan sosioekonomi pada tahun ini, dan memberikan sumbangan lebih besar demi mewujudkan matlamat "dua 100 tahun", membina negara sosialis moden yang kaya, demokratik, bertamadun dan harmoni, dan menjadi impinan kebangkitan semula bangsa China menjadi kenyataan.


1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China