Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan 2015
2015-03-05 10:45:48 CRI Cetak

Bahagian III: Mengintensifkan Pelaksanaan Pembaharuan dan Pintu Terbuka

Memperhebat tindakan memudahkan prosedur pentadbiran dan menyepadukan tindakan meringkaskan dan mengawal prosedur pentadbiran. Kerajaan akan terus memudahkan pendaftaran modal berdaftar. Senarai kuasa dan tanggungjawab kerajaan peringkat provinsi akan diumumkan. Kerajaan peringkat provinsi tidak boleh melampau kuasanya dan mesti menjalankan tugasnya. Kerajaan pelbagai peringkat perlu membina mekanisme pendorongan yang berkesan untuk melaksanakan projek memudahkan prosedur pentadbiran dan melepaskan kuasa berkenaan supaya menyediakan persekitaran persaingan yang adil kepada syarikat. Semua acara pemeriksaan dan pengesahan pentadbiran perlu dimudahkan dan ditetapkan masa batasnya.

Menjalankan pembaharuan terhadap mekanisme pelaburan dan pembiayaan. Kerajaan akan mengurangkan program pelaburan yang perlu diluluskan kerajaan secara besar-besaran. Begitu juga kelulusan dan pengesahan awal program pelaburan. Perkhidmatan kelulusan dapat diuruskan secara dalam talian. Piawaian akses pasaran pelaburan kalangan rakyat akan terus dilonggarkan. Dana masyarakat digalakkan menubuhkan tabung pelaburan saham. Modal kerjasama kerajaan dengan modal masyarakat akan dipromosikan dalam sektor infrastruktur dan usaha awam.

Mempercepat pembaharuan harga. Matlamat pembaharuan ini supaya pasaran memainkan peranan utama dalam agihan sumber, mengurangkan kategori dan acara yang harganya perlu ditetapkan oleh kerajaan. Produk dan perkhidmatan yang berdaya saingan patut dibuka. Selain itu, kerajaan akan berhenti menetapkan harga kebanyakan ubat-ubatan, melepaskan hak menentukan harga perkhidmatan awam yang asas. Ujian pembaharuan harga elektrik akan terus diperluas. Sementara itu, mendorong pembaharuan harga air pertanian. Menyempurnakan dasar harga perlindungan alam sekitar dan penjimatan tenaga.

Mendorong pembaharuan mekanisme kewangan dan percukaian mencapai kemajuan baharu. Kerajaan akan melaksanakan sistem pentadbiran belanjawan yang menyeluruh, adil dan telus. Belanjawan semua badan kerajaan pusat dan kerajaan pelbagai peringkat, kecuali maklumat melibatkan rahsia negara, perlu diumumkan dan menerima penyeliaan masyarakat. Di samping itu, kerajaan akan membaharui sistem pembayaran, mengubahsuai pembahagian pendapatan pusat dan tempatan.

Mendorong pembaharuan kewangan demi berkhidmat kepada ekonomi sebenar. Kerajaan akan mendorong modal swasta yang berkelayakkan untuk menubuhkan institusi kewangan seperti bank sederhana dan kecil. Selain itu, kerajaan akan berusaha untuk mengekalkan kadar pertukaran mata wang RMB pada tahap yang rasional, serta meningkatkan keanjalan kadar pertukaran RMB. Kerajaan juga akan terus memperluas penggunaan mata wang RMB di arena antarabangsa, mempercepat pembinaan sistem pembayaran merentasi sempadan mata wang RMB dan menyempurnakan sistem penyelesaian antarabangsa RMB.

Mengintensifkan pembaharuan perusahaan milik negara dan modal milik negara. Kerajaan akan terus mendorong ujian operasi syarikat pelaburan modal milik negara, membina wadah pengoperasian pasaran, meningkatkan keefisienan operasi modal milik negara. Selain itu, kerajaan juga akan terus melaksanakan pembaharuan sistem hak milik campur perusahaan milik negara secara beratur, menggalakkan dan menstandardkan kemasukan modal bukan milik negara dalam program pelabuaran.

Ekonomi swasta merupakan kemponen penting dalam ekonomi nasional. Kerajaan akan menggalakkan, menyokong dan memandu pembangunan ekonomi swasta, memaksimumkan peranan usahawan, melaksanakan dasar dan langkah yang dapat mendorong pertumbuhan ekonomi swasta supaya meningkatkan kedinamikan pelbagai ekonomi.

Pintu terbuka juga merupakan pembaharuan. Oleh itu, kerajaan akan terus menjalankan pintu terbuka bertaraf tinggi pusingan baharu, mempercepat pembinaan sistem ekonomi terbuka yang baharu.

Mendorong penaiktarafan dan transformasi perdagangan luar. Kerajaan akan menyempurnakan mekanisme pengembalian tarif eksport. Bahagian lebihan ditanggung oleh kerajaan pusat. Selain itu, dasar import yang lebih proaktif juga akan dilaksanakan, mengimport lebih banyak teknologi maju, kemudahan dan komponen peralatan yang penting.

Menggunakan pelaburan asing secara lebih aktif dan berkesan. Undang-undang melibatkan pelaburan asing akan dipinda supaya mewujudkan sistem penyeliaan dan pengawalan pelabuaran asing yang lebih sempurna. Persekitaran yang stabil, adil dan telus pun akan ikut diwujudkan.

Mempercepat pelaksanaan strategi keluar. Kerajaan menggalakkan korporat China mengambil bahagian dalam pembinaan infrastruktur dan kerjasama tenaga produktif di luar negara. Mendorong peralatan dan mesin China ke luar negara, menggalakkan sektor metalurgi dan bahan pembinaan melabur di luar negara.

Membentuk situasi pintu terbuka yang baharu dan menyeluruh. Kerajaan akan mendorong pembinaan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (OBAOR), mempercepat kesalinghubungan, dan laluan lojistik antarabangsa. Sementara itu, China juga akan membina koridor ekonomi China-Pakistan dan Bangladash-China-India-Myanmar, memperluas pintu terbuka di kawasan pendalaman dan kawasan sempadan, mendorong perkembangan inovasi kawasan ekonomi khas, meningkatkan taraf perkembangan di kawasan kerjasama ekonomi sempadan dan merentasi sempadan. Pada waktu yang sama, China juga akan terus mendorong pembinaan zon ujian perdagangan bebas Shanghai, Guangdong, Tianjin dan Fujian di samping mempromosikan pengalamannya di seluruh negara.

Merancang secara menyeluruh kerjasama pelbagai hala dan pintu terbuka pelbagai kawasan. Kerajaan akan melindungi sistem perdagangan pelbagai hala, mendorong peluasan perjanjian teknologi maklumat, menyertai rundingan antarabangsa yang melibatkan produk alam sekitar dan pembelian kerajaan. Selain itu, China akan terus berusaha untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Republik Korea dan Australia dengan secepat mungkin di samping menyambung rundingan pembinaan kawasan perdagangan bebas China-Jepun-Republik Korea, mendorong rundingan perdagangan bebas dengan Majlis Kerjasama Teluk dan Israel, berusaha menyelesaikan rundingan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dan rundingan perjanjian hubungan rakan ekonomi menyeluruh serantau sehingga membina kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik. Selain itu, China akan terus mendorong rundingan perjanjian pelaburan China-A.S. dan China-Eropah. China merupakan negara yang bertanggungjawab. Kami bersedia untuk mengamalkan konsep pembangunan yang saling menguntungkan dan menang-menang, menjana ekonomi global dan mendorong globalisasi ekonomi.

1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China