Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan 2015
2015-03-05 10:45:48 CRI Cetak

Bahagian IV: Mendorong Pertumbuhan Ekonomi Yang Stabil dan Penyusunan Semula Struktur

Mempercepat pemupukan titik pertumbuhan perbelanjaan. Menggalakkan perbelanjaan awam, mengawal perbelanjaan awam. Mendorong integrasi "tiga jaringan", mempercepat pembinaan jaringan kabel, banyak meningkatkan kelajuan jalur lebar, mengembangkan sektor logistik dan pos ekspres, mengintensifkan cara perbelanjaan baharu seperti "Online to Offline" yang berasaskan internet. Menjadikan potensi perbelanjaan orang awam sebagai momentum kuat yang merangsang pertumbuhan ekonomi.

Menambah pelaburan efektif hasil awam. Menggerakkan dan melaksanakan projek-projek besar yang baharu. Antaranya projek yang melibatkan kesejahteraan awam seperti pembaikan kawasan melarat, dan jaringan paip bawah tanah di bandar; projek pengangkutan kereta api, jalan raya dan laluan sungai di kawasan tengah dan barat; projek pertanian seperti tali air dan tanah pertanian yang berpiawaian tinggi; projek jaringan seperti maklumat, tenaga serta minyak dan gas asli; projek jaminan sumber tenaga seperti tenaga bersih, minyak dan gas asli; projek pembaikan teknologi perindustrian tradisional; projek menjimatkan tenaga, perlindungan alam sekitar dan pembinaan ekologi. Pada tahun ini, pelaburan dalam belanjawan pusat ditingkatkan kepada 477.6 bilion yuan, namun kerajaan akan giat merangsang pelaburan masyarakat, membimbing modal masyarakat beralih ke lebih banyak bidang. Pelaburan dalam pembinaan kereta api pada tahap lebih 800 bilion yuan, menyelesaikan pembinaan landasan kereta api sepanjang lebih 8000 kilometer, menyelesaikan pembinaan jaringan caj tanpa henti di plaza tol di lebuh raya seluruh negara. Selain mempercepat 57 projek tali air yang telah dimulakan, merasmikan lagi 27 projek pada tahun ini sehingga pelaburan dalam tali air melebihi 800 bilion yuan.

Mempercepat pemodenan pertanian. Kedudukan utama "pertanian, kawasan luar bandar, dan kaum tani" dikekalkan. Mempercepat cara perkembangan pertanian dan memperkuat industri pertanian, menjadikan petani lebih kaya dan kampung mereka lebih indah.

Jumlah pengeluaran bahan makanan patut dikekalkan pada tahap 550 bilion kilogram, menjamin keselamatan dan bekalan produk pertanian. Melaksanakan kerja penetapan kawasan pertanian secara berterusan, menambah kawasan pertanian seluas 13.3 juta hektar.

Mempergiat pembinaan jaringan air dan jalan, menyelesaikan masalah keselamatan air minum bagi 60 juta orang di kawasan luar bandar, membina dan membaiki jalan di kawasan luar bandar sepanjang 200 ribu kilometer, menyelesaikan pembinaan jambatan di kawasan terpencil di bahagian barat. Mewujudkan bekalan tenaga elektrik kepada 200 ribu orang yang masih belum menggunakan elektrik. Membaiki alam sekitar dan membina kampung yang indah. Mengurangkan bilangan penduduk miskin sekurang-kurangnya 10 juta di kawasan luar bandar.

Menjamin keluasan dan kualiti tanah pertanian serta kepentingan petani. Dasar yang menguntungkan petani dikekalkan, jumlah modal sokongan tidak boleh dikurangkan.

Mendorong urbanisasi mencapai kemajuan yang baharu. Urbanisasi merupakan cara asas untuk merapatkan jurang perbezaan antara bandar dengan kawasan luar bandar.

Mempergiat kerja pembinaan semula terhadap kawasan melarat dan rumah berbahaya di bandar. Membekalkan 7.4 juta unit rumah baharu, antaranya membaiki 5.8 juta unit dan menambah 1.1 juta unit baharu. Di samping itu, membina semula 3.66 juta bangunan berbahaya di kawasan luar bandar.

Menyelesaikan masalah dalam proses urbanisasi berdasarkan cara pembaharuan. Mempercepat pembaharuan sistem pendaftaran kewargaan, melonggarkan dasar pemindahan pendaftaran kewargaan.

Meningkatkan tahap perancangan dan pembinaan di bandar dan pekan. Menetapkan dan melaksanakan rancangan di kumpulan bandar, mendorong kesatuan infrastuktur dan perkhidmatan awam dalam bandar. Menangani masalah pencemaran dan sesak trafik di bandar supaya menjadikan pengangkutan lebih mudah dan persekitaran lebih selesa.

Memperluas ruangan perkembangan pelbagai kawasan. Menggalakkan projek-projek komprehensif di kawasan barat China, termasuk pengangkutan, sumber tenaga, tali air, ekologi, dan kesejahteraan awam. Melaksanakan langkah-langkah mengembangkan pangkalan industri lama di kawasan timur laut, memberi keutamaan kepada perkembangan kawasan timur, meningkatkan tahap sokongan terhadap kawasan terpencil dan mundur, menyempurkan dasar pembangunan pelbagai kawasan yang berbeza. Menggabungkan pembinaan Jalur Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dengan penerokaan dan pembangunan pelbagai kawasan dalam negeri. Menggalakkan pembangunan yang selaras di kawasan Beijing-Tianjin -Provinsi Hebei, mencapai kemajuan yang pragmatik dalam bidang integrasi pengangkutan, perlindungan alam sekitar dan penaiktarafan perindustrian. Mendorong pembinaan zon ekonomi di kawasan Sungai Yangtze, membina pelabuhan di kawasan sungai, membina zon pemindahan industri dan menyalurkan pemindahan industri dari bahagian timur ke bahagian barat secara beransur-ansur. Memperkuat pembinaan industri di bahagian tengah dan barat, meningkatkan kerjasama di kawasan pan-Sungai Mutiara.

China sebuah negara maritim yang besar. Kerajaan akan menyusun dan melaksanakan rancangan strategik maritim, mengembangkan ekonomi maritim, melindungi alam sekitar laut, meningkatkan tahap sains dan teknologi berkenaan, meningkatkan pentadbiran komprehensif terhadap laut, melindungi hak dan kepentingan negara di laut, menyelesaikan perselisihan maritim, memperluas kerjasama dua hala dan pelbagai hala, menuju ke matlamat negara maritim yang kuat.

Meningkatkan struktur perindustrian ke tahap sederhana dan tinggi. Industri pembuatan merupakan kelebihan China. Mementingkan inovasi, pengubahsuaian struktur, perkembangan secara saintifik, supaya mengembangkan China daripada negara pembuatan yang besar kepada negara pembuatan yang kuat.

Industri baharu merupakan persaingan antarabangsa. Kerajaan akan melaksanakan projek-projek baharu seperti kelengkapan canggih, maklumat dan internet, litar bersepadu, tenaga baharu, bahan baharu, perubatan biologi, enjin pesawat dan lain-lain. Menetapkan rancangan "internet +", menggabungkan internet mudah alih, pengiraan awan dengan industri pembuatan moden, menggalakkan e-dagang dan perkembangan kewangan internet, menggalakan perusahaan internet ke pasaran antarabangsa. Kerajaan telah menubuhkan tabung panduan pelaburan keusahawanan perindustri baharu yang berjumlah 40 bilion yuan untuk menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri baharu.

Industri perkhidmatan menawarkan peluang kerja yang banyak dan potensi pembangunannya besar. Kerajaan akan menggalakan pembaharuan dan pintu terbuka industri perkhidmatan, melaksanakna dasar sokongan yang meliputi sistem percukaian, tanah dan bercuti dengan gaji, mengembangkan industri pelancongan, kesihatan, kreatif dan lain-lain.

Menggalakan inovasi sains berdasarkan pembaharuan mekanisme. Mempercepat pembaharuan pengawalan terhadap penggunaan, pengendalian dan keuntungan hasil sains dan teknologi. Memastikan tenaga insan dapat menikmati limpahan hasilnya. Mengimport bakat dan ahli sains dari negara luar. Melaksanakan rancangan strategik hak intelek, membanteras tindakan pencabulan hak harta intelek dan melindungi penciptaan.

Syarikat merupakan tunggak dalam inovasi teknologi. Menggalakkan syarikat menyertai projek sains dan teknologi yang penting, membina platform bagi penyelidikan sains, menggalakkan pengembangan penyelidikan sains yang diketuai oleh syarikat. Menyokong perusahaan kecil dan sederhana menjalankan inovasi teknologi.

Meningkatkan keefesienan inovasi dan membaiki pengagihan sumber sains dan teknologi. Membina platform pengurusan sains dan teknologi negara yang terbuka. Membuka kelengkapan sains dan teknologi kepada masyarakat awam.

1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China