Bahagian V: Terus Menggalakkan Peningkatan Taraf Hidup Rakyat dan Pembinaan Masyarakat
Kemakmuran sesebuah negara berasaskan kesejahteraan rakyatnya. Kerajaan perlu mempercepat perkembangan kebajikan sosial, membaharui dan menyempurnakan sistem agihan pendapatan, sedaya upaya menambah pendapatan rakyat dan mewujudkan keadilan dan keharmonian masyarakat.
Menggalakkan keusahawanan dan menawarkan lebih banyak peluang kerja. Penawaran peluang kerja diutamakan. Seramai 7.49 juta mahasiswa institut pengajian tinggi akan tamat pada tahun ini dan angka ini paling tinggi dalam sejarah. Kita patut memberi panduan kerja kepada mereka. Di samping itu, menggalakkan mereka mendirikan usaha dalam sektor baharu.
Meningkatkan jaminan sosial dan menambah pendapatan rakyat. Piawaian pencen minimum bagi mereka yang bersara dari korporat akan meningkat 10%. Melaksanakan pembaharuan terhadap sistem insurans pencen bagi pegawai awam, menyempurkan sistem gaji dan memberi keutamaan kepada pekerja peringkat bawah. Meningkatkan bantuan perubatan kepada mereka yang menghidap penyakit serius dan melaksanakan sistem bantuan perubatan sementara.
Menggalakkan pembangunan sektor pendidikan yang adil dan meningkatkan kualiti pendidikan. Meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial, semangat inovasi dan keupayaan praktik bagi golongan pelajar. Menjamin peruntukan dalam bidang pendidikan, menggunakan dana pendidikan dengan baik, menjamin peluang pendidikan bagi setiap kanak-kanak khususnya mereka di kawasan miskin dan terpencil.
Mempercepat penyempurnaan sistem kesihatan dan perubatan asas. Menyempurnakan insurans perubatan asas bagi penduduk bandar dan luar bandar. Standard subsidi kerajaan ditingkat ke 380 yuan daripada 320 yuan setiap orang setahun. Melaksanakan sistem insurans penyakit serius penduduk di bandar dan pekan secara menyeluruh. Memperhebat pembaharuan badan kesihatan asas. Menggalakkan pembaharuan di hospital awam peringkat kaunti, melaksanakan pembaharuan percubaan di 100 hospital awam berperingkat kaunti ke atas, menurunkan harga ubat dan menyesuaikan harga perubatan pada tahap berpatutan. piawaian subsidi kesihatan awam purata ditingkatkan dari 35 yuan kepada 40 yuan. Peningkatan ini akan digunakan untuk membayar perkhidmatan kesihatan awam doktor di kawasan luar bandar supaya membantu kaum tani yang berjumlah beberapa ratus juta dapat menerima perkhidmatan perubatan di tempat tinggal mereka.
Membolehkan orang awam menikmati hasil kemajuan kebudayaan. Budaya merupakan sumber semangat sesebuah bangsa. Kerajaan perlu melaksanakan konsep nilai sosialis, mengembangkan budaya tradisi China yang unggul, menghasilkan lebih banyak karya sastera dan seni, menggalakkan orang awam banyak membaca. Mengintensifkan pembaharuan sistem kebudayaan dan menggalakkan perkembangan bersepadu media tradisional dan media baharu. Mempergiat interaksi sosiobudya dengan negara luar dan meningkatkan daya penyebaran media di arena antarabangsa. Mengembangkan sukan awam, dan industri sukan. Membuat persipan rapi demi memohon hak penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun 2022.
Meningkatkan dan membaharui pengurusan masyarakat. Mengintensifkan pembaharuan sistem pengawalan pertubuhan masyarakat, menggalakkan pertubuhan kalangan rakyat mengambil bahagian dalam pentadbiran sosial di sisi undang-undang, mengembangkan kerja masyarakat yang profesional, perkhidmatan sukarelawan dan usaha amal. Menggalakkan tenaga sosial membina kemudahan menyara orang tua dan mengembangkan rumah orang tua di kawasan perumahan. Memberikan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang tidak tinggal bersama dengan ibu bapa di kawasan luar bandar, kaum wanita dan warga emas. Mewujudkan sistem perlindungan orang belum dewasa. Meningkatkan kemampuan untuk menangani insiden awam dan pencegahan, pengurangan dan penyelamatan bencana. Terus mengambil tindakan yang keras demi menjamin keselamatan pengeluaran, makanan dan ubat.
Meningkatkan usaha menjimatkan tenaga, mengurangkan pelepasan gas sisa dan melindungi alam sekitar. Kerajaan akan mengambil tindakan keras untuk menangani isu pencemaran alam sekitar. Pada tahun ini, pelepasan karbon dioksida akan diturunkan lebih 3.1%, manakala permintaan oksigen kimia (COD) dan pelepasan ammonia dan nitrogen akan masing-masing dikurangkan 2%. Selain itu, pelepasan sulfur dioksida dan bahan oksidasi nitrogen akan masing-masing menurun 3% dan 5%. Kita mesti menguatkuasakan undang-undang dengan ketat dan mengenakan hukuman keras terhadap mereka yang melepaskan sisa secara haram dan mereka yang membiarkan perbuatan tersebut.
Pengeluaran tenaga dan revolusi penggunaan berkaitan rapat dengan pembangunan dan kehidupan rakyat. Kita akan berusaha untuk mengembangkan jana kuasa tenaga angin, jana kuasa tenaga produk fotovolta (PV) , tenaga sumber biologi, hidroelekrik, jana kuasa nuklear, dan mencipta penggunaan gas syal dan gas lapisan arang batu. Menjadikan industri yang menjimatkan sumber tenaga dan melindungi alam sekitar sebagai industri tunggak yang baharu.
Memulihkan semula 670 ribu hektar tanah tanaman menjadi hutan dan padang rumput, membina lagi 6 juta ribu hektar hutan.