Bintang filem terkenal, Datuk Jacky Chan dilantik sebagai duta promosi antidadah yang pertama oleh Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB) semalam.
Menteri Jabatan Perdana Menteri, Masagos Zulkifli berkata, walaupun Jacky Chan amat sibuk, namun beliau tetap menyokong usaha-usaha mempromosi antidadah di Singapura.
Masagos Zulkifli berharap agar Jacky Chan membantu menggalakkan belia Singapura supaya menjauhkan diri daripada najis dadah. Menurut Masagos, semua orang bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat mengenai najis dadah dan memberikan sumbangan dalam usaha-usaha tersebut.