Naib Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov semalam menyatakan, wakil dari Tentera Pembebasan Syria (FSA) telah melawat negaranya. FSA menjadi salah satu pemberontak yang penting di Syria. Kekuatan itu telah memperoleh sokongan pelbagai negara termasuk Britain dan Kuwait. FSA hendak berkomunikasi dengan Rusia tentang situasi di Syria dan mencadangkan rundingan yang berkenaan diadakan di Mesir. Rusia pula bersedia mengundang wakil FSA melawat negaranya.
Menurut media Rusia, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov semalam menelefon Setiausaha Negara AS, John Kerry untuk berkomunikasi tentang proses kedamaian di Syria. Ini merupakan hari ketiga secara berturut-turut kedua-dua negara membincangan isu Syria.