Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi semalam mengeluarkan kenyataan bersama bagi mewujudkan kesalingpercayaan dan kerjasama baharu.
Menurut kenyataan tersebut, kerjasama teknologi ketenteraan merupakan bahagian penting dalam keutamaan pembangunan perkongsian strategik kedua-dua negara.
Menurut Putin, Rusia dan India bersama-sama mengeluarkan peluru berpandu BrahMos yang merupakan "model standard" bagi kerjasama teknologi ketenteraan kedua-dua negara.
Pihaknya akan mengeluarkan secara besar-besaran peluru berpandu antikapal selam untuk India.
Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa latihan ketenteraan bersama INDRA perlu terus dilaksanakan dan latihan ketenteraan tersebut amat penting kepada kedua-dua negara.
Rusia sedang membantu India untuk membina Loji Janakuasa Nuklear Kudankulam.
Rusia dan India akan membangunkan secara komprehensif perkongsian strategik yang melibatkan bidang politik dan ekonomi, dan sebagainya.