Menurut pengumuman pihak polis Chicago, AS, pihaknya terpaksa menembak mati dua orang penduduk awam ketika menangani perselisihan rumah tangga di barat bandar tersebut semalam. Setakat ini, pihak polis tidak mengumumkan perincian tentang identiti polis yang melepaskan tembakan serta perincian sepanjang berlakunya kes tersebut.
Menurut saudara mara mangsa dan saksi, dua orang yang ditembak mati ialah orang kulit hitam termasuk seorang wanita yang berusia 55 tahun dan seorang lelaki yang berusia 19 tahun. Ibu lekaki itu berkata, anaknya tidak membawa senjata dan hanya memegang sebuah bet besbol ketika ditembak mati. Pada ketika ini, sebuah badan yang bebas sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.