Cari:
Iran Berhasrat Tarik Pelaburan Asing
2016-01-18 14:07:32 CRI Cetak

Presiden Iran, Hassan Rouhani semalam berkata, pihaknya berhasrat mahu menarik lebih banyak pelaburan asing bagi mengukuhkan ekonomi negara tersebut.

Menurut beliau, Iran amat memerlukan dana dan teknologi negara asing untuk mengembangkan ekonomi.

Isu nuklear Iran merupakan salah satu masalah yang paling rumit di dunia.

Iran perlu menyelesaikan masalah tersebut melalui saluran diplomasi dan menjadi teladan bagi penyelesaian konflik di kawasan-kawasan yang lain.

Setelah melaksanakan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran, hubungan politik dan ekonomi antara Iran dengan negara-negara jirannya akan dibaiki.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebelum ini telah mengesahkan bahawa Iran telah memenuhi semua syarat-syarat di bawah perjanjian komprehensif isu nuklear Iran.

Bagaimanapun, Jabatan Perbendaharaan AS semalam mengeluarkan kenyataan untuk mengenakan sekatan terhadap 11 syarikat dan beberapa individu warga Iran yang menyokong rancangan pembinaan peluru berpandu balistik, walaupun sekatan ekonomi terhadap Iran telah dibatalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China