Cari:
Kerajaan Syria Setuju Terima Perjanjian Gencatan Senjata
2016-02-24 14:43:06 CRI Cetak

Kementerian Luar Syria semalam mengumumkan bahawa kerajaan Syria bersetuju untuk menerima terma perjanjian gencatan senjata yang dicapai oleh Amerika Syarikat (AS) dan Rusia baru-baru ini, antaranya termasuklah puak-puak yang bertelagah perlu menghentikan permusuhan.

Pusat koordinasi gencatan senjata telah mula beroperasi di pangkalan tentera udara Rusia di Syria.

Menurut Kementerian Luar Syria lagi, tentera kerajaan berhak untuk bertindak balas sekiranya pihak pemberontak melakukan serangan terhadap mereka.

Menteri Hal Ehwal Perdamaian Nasional Syria, Ali Haidar berkata, penerimaan perjanjian berkenaan adalah untuk melindungi kepentingan rakyat, namun hal ini sama sekali tidak boleh dieksploitasikan oleh pengganas untuk mengubah situasi semasa di medan perang.

Tambah beliau, pihaknya akan terus memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) dan Barisan al-Nusra yang bersekutu dengan militan al-Qaeda di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China