Cari:
Obama Mulakan Lawatan Bersejarah ke Cuba
2016-03-21 15:06:58 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama tiba di Havana petang semalam waktu tempatan untuk memulakan lawatan rasmi ke Cuba, sekali gus menjadi presiden AS yang pertama mengadakan lawatan ke negara tersebut sejak tahun 1928.

Obama yang turut ditemani isteri, Michelle dan dua anak perempuannya, Shasa dan Malia, disambut oleh Menteri Luar Cuba, Bruno Rodríguez dan beberapa pegawai kerajaan lain di lapangan terbang.

Menurut Bruno Rodríguez, Obama dijadualkan bertemu dengan Presiden Cuba, Raul Castro, mengunjungi bandar lama Havana dan menghadiri mesyuarat dengan tokoh-tokoh ekonomi kedua-dua negara serta menyampaikan ucapan.

Beliau mengalu-alukan lawatan Obama kali ini dan menyatakan bahawa Cuba telah dikenakan sekatan oleh AS selama lebih 50 tahun.

Pihaknya tidak akan mengubah dasar-dasar penting Cuba semata-mata untuk menjernihkan hubungan kedua-dua negara.

Obama jangan berharap Cuba akan bertolak ansur dari segi politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China