14 negara termasuk China dipilih sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC), bagi tempoh perkhidmatan selama tiga tahun yang bermula pada tahun hadapan.
China memperoleh 180 undi menyokong dalam pengundian Perhimpunan Agung PBB ke-71 semalam.
UNHRC yang ditubuhkan pada Mac 2006, merupakan badan utama PBB dalam bidang hak asasi manusia. Antara 47 kerusi yang ditawarkan UNHRC, Asia dan Afrika masing-masing menduduki 13 kerusi, diikuti Amerika Latin dan Caribbean (lapan kerusi), Eropah Timur (enam kerusi), manakala tujuh lagi kerusi diisi oleh Eropah Barat dan wilayah lain.