Cari:
Impak Brexit Tumpuan Lawatan Abe ke Britain
2017-05-01 13:47:06 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ketika melawat Britain pada 28 hingga 29 April lalu telah ditemui rakan sejawatnya, Theresa May.

Kedua-dua pemimpin mengadakan rundingan tentang perjanjian perdagangan kedua-dua negara dan pelaburan Jepun di Britain pada era pasca Brexit iaitu Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU), serta situasi di Semenanjung Korea.

Abe berharap proses Brexit dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya agar tidak menjejaskan kepentingan syarikat Jepun di Britain.

Britain menjadi destinasi pelaburan kedua terbesar bagi Jepun. Kira-kira seribu syarikat Jepun termasuk Honda, Hitachi dan Misubishi yang mengupahi kira-kira 140 ribu orang di Britain.

Selain itu, kedua-dua pemimpin berjanji terus bekerjasama dalam hal ehwal antarabangsa dan mengurangkan rintangan perdagangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China